Berita Harian

Calon PH tak terkesan sindiran netizen

Muhammad Aiman lebih bersemanga­t atasi masalah penduduk

-

Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, tidak terkesan dengan ‘troll’ netizen mengenai janjinya bagi menyelesai­kan masalah penduduk dalam sehari jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Sebaliknya, sindiran dan kritikan netizen itu membakar semangat Muhammad Aiman, 30, bekerja lebih keras menyantuni penduduk Semenyih dan mengangkat suara mereka sekiranya menang pada 2 Mac ini.

Bukan janji kosong

Katanya, ucapanya dalam kempen di Batu 26, Beranang, Khamis lalu, bukan janji kosong semata-mata, sebaliknya ia menggambar­kan kesungguha­nnya menyelesai­kan masalah penduduk Semenyih.

“Saya tidak terkesan (dengan sindiran netizen). Itu adalah janji saya untuk bekerja dengan bersungguh­sungguh demi penduduk Semenyih.

“Itu juga nak menunjukka­n semangat saya. Apabila saya menang nanti, hari seterusnya saya akan turun bantu rakyat, tolong mereka selesaikan masalah di Semenyih. Itu maksud janji saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Taman Pelangi, Semenyih dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khamis lalu, Muhammad Aiman dalam ucapannya berjanji jika PH menang PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini, keesokanny­a juga masalah penduduk akan diselesaik­an.

Kelmarin, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas mengenai janji itu berkata, Muhammad Aiman terlepas cakap kerana begitu bersemanga­t dan ghairah untuk membantu penduduk Semenyih.

DAP nafi dakwaan

Mengenai dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, bahawa PKR dan DAP tidak membantu kempennya, Muhammad Aiman berkata, PKR dan DAP banyak membantuny­a, termasuk jentera DAP membantu ketika beliau ke Kampung Baru Semenyih di kawasan penduduk Cina.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi berkata, fokusnya mahu memenangi PRK dan menjadi wakil rakyat yang boleh membawa keluhan masyarakat di DUN itu ke pengetahua­n kerajaan negeri dan Pusat.

“Kita berusaha untuk memenangi hati pengundi sebab kita sekarang pembangkan­g,” katanya ketika ditemui di Pasar Tani Taman Jenaris, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia