Berita Harian

Pemikiran luar kotak dan kuasa media sosial

- Pengarang Bersekutu Berita dan Digital zainudin@bh.com.my

Azmil Hakim hanyalah pemuda biasa dari Kuala Lumpur yang berkelulus­an ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia dari Universiti Teknologi MARA (UITM) pada 2015.

Seperti anak muda lain, dia antara ribuan pencari kerja dalam talian yang cuba ‘memancing’ majikan untuk menawarkan­nya pekerjaan.

Tiga minggu lalu, anak muda ini mencipta nama apabila membuat kelainan daripada pencari kerja yang mungkin menggunaka­n cara tradisiona­l menghantar resume atau curriculum vitae (CV) bagi memburu kekosongan jawatan.

Caranya mudah dan ringkas. Anak muda ini membuat posting kreatif berbunyi: “Hi. I’m looking for

an interviewe­r to fill this seat.” (“Hi, saya mencari penemuduga untuk memenuhi tempat duduk ini”)

Menyertaka­n sekeping gambar dan penerangan ringkas mengenai dirinya di Linkedin, iaitu laman komuniti profesiona­l yang terbesar di dunia, resume Azmil menjadi viral dan menarik perhatian dunia.

Namun, apa yang menarik minat saya membuat kupasan minggu ini bagaimana media sosial menjadi platform berkesan dan ‘berkuasa’ sekiranya digunakan dengan bijak, terutama menyelesai­kan kemelut penganggur­an dihadapi lepasan graduan pengajian tinggi.

Kita mahu graduan di luar sana turut mencontohi idea hebat Azmil dan kegigihann­ya mencari kelainan untuk bersaing memikat majikan. Apa tidaknya, sejak tiga minggu lalu, posting Azmil sudahpun mencapai 15,497 like dan mendapat 891 komen, selain berpuluh syarikat termasuk multinasio­nal berminat untuk menemuduga­nya.

Lantaran, ada majikan yang menggelark­an cara anak muda ini sebagai trendsette­r atau peneroka kaedah baharu untuk menarik majikan dan penemu pekerjaan ( job hunter).

Kedua, betapa kuasa media sosial mampu memberi manfaat kalau digunakan secara berhemat dan beretika. Pemikiran di luar kotak seperti inilah yang diperlukan bagi mempersiap­kan modal insan dan rakyat berstatus negara maju.

Meskipun kadar penganggur­an di negara ini masih di bawah paras terkawal iaitu kira-kira 3.4 peratus atau 1.1 juta orang bagi suku pertama 2018, berbanding jumlah keseluruha­n penduduk 32.4 juta orang, kadar penganggur­an golongan muda dilaporkan masih tidak banyak berubah.

Misalnya, data tenaga kerja 2017 menunjukka­n penganggur­an golongan muda Malaysia kekal pada kadar 10.8, lebih tinggi berbanding Singapura (4.6 peratus), Thailand (5.9 peratus), Vietnam (7.9 peratus) dan India (10.5 peratus).

Malah, menurut penganalis­is ekonomi, Malaysia dijangka terus berdepan cabaran penganggur­an golongan belia yang tinggi berikutan faktor ketidaksei­mbangan kemahiran serta jurang struktur asas antara sistem pendidikan dan industri.

Ada yang berpendapa­t, ketidakpad­anan bekalan dan permintaan dalam pasaran pekerjaan antara faktor membawa kepada penganggur­an golongan belia yang tinggi.

Kita juga sering mendengar keluhan majikan apabila kriteria calon yang dikehendak­i mereka tidak dapat dipenuhi oleh golongan belia atau graduan berikutan pekerjaan yang ditawarkan tidak bersesuaia­n dengan kelulusan, latar belakang dan pengalaman pemohon.

Dan, antara reaksi majikan yang terselit dalam posting Azmil yang mungkin boleh membuka mata pencari pekerjaan lain ialah: “Forget HR. You should be in marketing”

(Lupakan Sumber Manusia. Anda sepatutnya menceburi bidang pemasaran).

Nah, inilah dikatakan idea ringkas yang akhirnya mengetuk pintu rezeki anda!

Kita mahu graduan di luar sana turut mencontohi idea hebat Azmil dan kegigihann­ya mencari kelainan untuk bersaing memikat majikan. Apa tidaknya, sejak tiga minggu lalu, posting Azmil sudahpun mencapai 15,497 like dan mendapat 891 komen, selain berpuluh syarikat termasuk multinasio­nal berminat untuk menemuduga­nya”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia