Berita Harian

Kakitangan berjiwa rakyat permudah tugas menteri

-

S:

YB menjadi menteri wanita paling muda, iaitu berusia 36 tahun. Sebelum ini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri

itu, saya akan ulang apa yang mereka cakap. Bila orang tanya, saya sudah tahu, perkataan yang digunakan pakar dan kita tahu. Sebab itu ada peribahasa Cina kata ‘Sangat penting untuk mempunyai guru’. Guru itu maksud orang tua yang mempunyai pengalaman. Sebab itu bila saya bersembang selama dua jam, saya dapat pengalaman 20 tahun, dapat input, (tetapi) kena tahu soalan ditanya dan mendengar. Dengar itu penting, dengar dan faham dan boleh belajar dengan cepat, tak boleh curi tulang, baca, kena tahu, kena rajin.

S:

Bagaimana YB membahagik­an masa antara berpolitik, sebagai menteri dan keluarga?

J: Bagi saya, pengurusan masa itu penting, uruskan kerja kita. Kita kena tahu apa yang paling penting untuk pemimpin buat iaitu buat keputusan. Jadi saya akan buat graf, saya jurutera, jadi saya buat cara jurutera. Apa yang sangat kritikal dan apa yang perlu disegeraka­n. Bila kritikal dan perlu segera, saya akan buat dengan cepat, buat dengan terperinci dan buat keputusan. Bila kritikal dan tak perlu segera, maksud saya ada masa, tetapi perlu cepat buat keputusan sebab kritikal dan kalau buat tergesa-gesa, ia bukan terbaik.

Ada yang tidak kritikal, tetapi perlu segera, yang itu kalau saya tak ada masa, orang lain boleh buat sebab tidak kritikal. Sebab kalau keputusan salah ia tidak kritikal. Apa yang saya tak boleh buat, saya akan minta orang lain buat. Kalau perlu segera dan kritikal, saya kena buat. Ada yang tidak perlu segera dan tidak kritikal, saya tidak perlu buat. Jadi kita akan ada masa. Saya sentiasa tengok orang yang tidak ada masa ini ialah orang yang tidak ada pelan.

S:

Bagaimana masa bersama keluarga?

J: Saya memang sibuk, tetapi jangan abai keluarga. Keluarga sangat penting, tidak boleh abai orang penting sebab akhirnya keluarga yang akan bersama kita selamanya. Jadi menteri hanya untuk dua tahun atau lima tahun tetapi menjadi menteri juga penting sebab tanggungja­wab dan kita menjalanka­n amanah rakyat. Sebab itu sibuk. Jangan buat-buat sibuk perkara yang kecil. Menteri buat yang penting, yang tidak penting saya elak tetapi saya masih belajar, saya tidak akan buat-buat sibuk.

S:

Sejak memegang jawatan sebagai menteri, adakah YB masih ada masa untuk hobi?

J: Kalau tidak ada hobi, sudah tentu akan ada tekanan. Saya suka berenang dan membaca, saya tahu (hobi) ini sangat bosan. Saya juga suka melancong.

Saya sentiasa cari masa sebab saya dapati sebagai seorang menteri, ini (rehat) paling penting seperti hari ini saya buat keputusan dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Bagaimana kita mahu memastikan keputusan itu baik adalah kita rehat cukup, jika tidak cukup rehat, kita tidak akan buat keputusan yang baik dan jelas. Kita akan hadir mesyuarat dalam keadaan letih dan tak jelas serta keliru.

Menjadi pemimpin, kita buat keputusan, kita pembuat keputusan, jadi kita perlu buat dengan fikiran yang jelas, Jadi hobi ini penting untuk kita rehat cukup. Saya tidak percaya orang yang bekerja sehingga melebihi had. Memang kita kena rajin tetapi jangan melebihi had sehingga menyebabka­n diri tension, tekanan. Sebagai pembuat keputusan, kita tidak akan buat keputusan betul ( jika tidak cukup rehat). Kita perlu juga rehat dan makan yang betul. Selain itu untuk jangka panjang, perlu ada pelan. Saya bernasib baik sebab di MESTECC, pasukan saya adalah orang yang berkaliber, bermotivas­i dan berjiwa rakyat. Ada pasukan seperti ini memudahkan untuk saya. Saya memang tahu kakitangan saya akan buat dengan baik. Saya bernasib baik mempunyai pasukan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia