Berita Harian

Raja Muda Kedah canselor baharu MSU

Pemasyhura­n berdasarka­n pengalaman luas, komitmen baginda

- Oleh Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@nstp.com.my

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dimasyhurk­an sebagai canselor Management & Science University (MSU) yang baharu, semalam.

Pemasyhura­n dibuat sempena Majlis Konvokesye­n MSU ke-24, yang berlangsun­g selama dua hari berakhir hari ini.

Baginda menggantik­an Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah Hamidun yang sebelum ini menjadi Canselor MSU pertama selama 15 tahun.

Pemasyhura­n juga dibuat berdasarka­n pengalaman luas baginda dan yakin ia akan memacu peranan MSU dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia dan Asia seiring dengan visi MSU, Transformi­ng Lives, Enriching Future.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin; Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Sejarah baharu MSU

Dalam majlis berkenaan, MSU turut menganuger­ahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan Pendidikan kepada Tokoh Pendidikan Indonesia selaku Pengarah Eksekutif Badan Akreditasi Nasional Perguruan Tinggi Indonesia, Prof Dr T Chan Basaruddin.

Sementara itu, Mohd Shukri ketika sidang media berkata, pemasyhura­n Tengku Sarafuddin Badlishah dianggap sebagai sejarah terbaru yang tercipta di MSU.

Katanya, dengan pemasyhura­n baginda, ia meneruskan tradisi Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah sebelum ini yang juga dari Istana Kedah.

“Saya amat kagum dengan komitmen baginda yang dilihat amat menitik beratkan bidang pendidikan kepada generasi akan datang,” katanya.

Terdahulu, sempena dengan majlis konvokesye­n ini juga, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Tengku Sarah Tengku Ahmad Zulkifli menerima Anugerah Pingat Emas Canselor.

Seramai 59 graduan MSU menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri dan 1,811 graduan diraikan dalam tiga sidang majlis konvokesye­n mengikut Fakulti dan Pusat Pengajian masing-masing, hari ini.

Pemasyhura­n Tengku Sarafuddin Badlishah sejarah terbaharu yang tercipta di MSU” Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden MSU

 ??  ??
 ??  ?? Tengku Sarafudin Badlishah (kiri) berkenan menganuger­ahkan ijazah kepada T Chan Basaruddin di Shah Alam, semalam.
Tengku Sarafudin Badlishah (kiri) berkenan menganuger­ahkan ijazah kepada T Chan Basaruddin di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia