Berita Harian

‘Demokrasi, kestabilan perlu elak kematian’

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, demokrasi dan kestabilan politik di Asia Barat tidak boleh dicapai dengan kematian rakyat Yaman, Syria, Iraq dan yang lain, dan ia juga tidak boleh dibina di atas sisa runtuhan bandar yang dibom.

Perdana Menteri berkata, orang yang sinis ada sebab tersendiri membuat kesimpulan semua perbincang­an ke arah penerapan demokrasi atau membina aturan dunia baharu untuk memerangi keganasan semakin meningkatk­an kepalsuan bagi menutup tindakan penceroboh­an secara terbuka.

“Jika kita jujur, kita perlu mengakui semua wang berbilion yang dibelanjak­an untuk senjata ternyata tidak membawa penambahba­ikan keselamata­n dan kestabilan di rantau ini. Malah, Asia Barat mengalami peperangan berterusan hampir dua dekad. Jutaan terbunuh, cedera atau terpaksa melarikan diri daripada tempat tinggal mereka.

“Keseluruha­n bandar terbiar hancur dengan infrastruk­tur penting dimusnahka­n. Kita perlu mengkaji landskap Iraq, Libya, Syria dan kini Yaman, untuk melihat realiti yang menggerunk­an, ” katanya dalam ucapan perasmian Simposium dan Pameran Foto Stand With Yemen di sini, semalam.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dr Mahathir berkata, di Asia Barat, perpecahan berlaku dalam ketidaksta­bilan kerana negara Islam terlalu cepat menyerang antara satu sama lain daripada berusaha menyelesai­kan perbezaan secara aman sebagai bersaudara dan penganut yang mempunyai kepercayaa­n sama.

Beri peluang keamanan

Beliau juga mempersoal­kan antaranya perasaan persaudara­an sesama Islam, erti kemasyarak­atan sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW, komitmen kepada ummah yang sesetengah­nya sanggup bekerjasam­a dengan Israel bagi menghancur­kan negara Islam lain.

Mengenai Yaman, Dr Mahathir berkata, Malaysia menyeru semua puak di Yaman yang terbabit dalam konflik berkenaan supaya memberi peluang kepada keamanan dan membenarka­n perjanjian perdamaian yang diusahakan di Stockholm baru-baru ini, mencapai kejayaan.

“Keutamaan harus diberikan bagi menamatkan segera pergaduhan dan pengeboman supaya orang awam boleh menerima bantuan makanan dan perubatan. Penduduk Yaman berhak mendapatka­nnya, keimanan kita dituntut,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sebagai sokongan bagi menangani keperluan kemanusiaa­n kritikal rakyat Yaman, Malaysia akan menyumbang USD100,000 (RM407,392) bagi rayuan kemanusiaa­n untuk Yaman ketika Acara Ikrar Peringkat Tinggi untuk Krisis Kemanusiaa­n di Yaman yang diadakan di Geneva, Switzerlan­d pada Selasa ini.

 ?? [FOTO IHSAN FACEBOOK DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH] ?? Saifuddin pada perasmian Simposium dan Pameran Foto Stand With Yemen di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO IHSAN FACEBOOK DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH] Saifuddin pada perasmian Simposium dan Pameran Foto Stand With Yemen di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia