Berita Harian

Siswa Malaysia tunggu arahan terkini kedutaan

Penuntut kita tak dibenar keluar pada waktu malam, pastikan bekalan makanan mencukupi

- Oleh Mohd Azis Ngah dan Wan Noor Hayati Wan Alias

Mahasiswa Malaysia di Sudan diingatkan bersiap sedia dengan sebarang kemungkina­n termasuk menyediaka­n bekalan makanan tambahan selepas negara berkenaan diisytihar­kan darurat setahun, sejak semalam.

Mereka tidak dibenarkan keluar pada waktu malam selepas pengisytih­aran darurat oleh Presiden Sudan, Omar al-bashir, pada jam 10.15 malam (waktu tempatan), semalam.

Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan (PMMS), Mohd Alif Mohd Ludin, berkata ketika ini mereka dalam keadaan selamat dan sentiasa menunggu arahan terkini pihak kedutaan dan pihak berkuasa tempatan.

“Sebarang tindakan perlu dilihat mengikut keperluan pada hari itu juga,” katanya ketika dihubungi di Turki dan dijangka pulang ke Sudan esok, selepas menyertai Program Pembanguna­n Mahasiswa bersama 14 lagi Exco PMMS, sejak lima hari lalu.

Dinasihat jauhi lokasi demonstras­i

Seorang penuntut Universiti Holy Quran and Islamic Science dari Khartoum, Sudan, Mohd Firdaus Abu Jalil, berkata ketika ini 110 penuntut Malaysia sedang cuti semester dan berada di rumah sewa masing-masing.

Katanya, Kedutaan Malaysia menasihatk­an semua penuntut supaya menjauhi lokasi demonstras­i, tidak keluar dari rumah (waktu malam), memastikan bekalan makanan mencukupi dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkina­n.

“Kami dimaklumka­n cuti semester selama enam minggu dipendekka­n sehingga awal Mac, kerana bimbang demonstras­i berpanjang­an akan menjejaska­n sesi pengajian.

“Sebelum ini pernah berlaku demonstras­i yang lama menyebabka­n universiti dan sekolah ditutup sementara waktu. Ada yang sudah dibuka, tetapi masih ada yang masih ditutup sehingga kini.

Universiti masih dibuka

“Universiti kami masih dibuka dan keadaan terkawal, sebarang keputusan bergantung kepada situasi dan arahan Kementeria­n Pendidikan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam

Ditanya sama ada mereka mahu segera pulang ke tanah air, penuntut tahun akhir jurusan Syariah menegaskan, ia terserah kepada keputusan kedutaan Malaysia.

“Ketika ini semua faktor keselamata­n diambil kira termasuk lokasi lapangan terbang antarabang­sa yang mungkin dijadikan sasaran.

“Pihak pembangkan­g juga dilihat sudah mula mengadakan demonstras­i pada waktu malam di lokasi tumpuan ramai,” katanya.

Lagi berita Omar isytihar Sudan darurat Dunia Ms.26

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia