Berita Harian

Kerjasama bendung demam campak

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Sabah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan semua bayi serta kanak-kanak tanpa mengira warganegar­a diberikan imunisasi bagi membendung penularan wabak demam campak ke negara ini.

Kementeria­n Kesihatan menerusi kenyataan di Facebook semalam, berkata, kerjasama itu dibuat kerana wabak demam campak di Filipina semakin teruk apabila membunuh 189 mangsa, manakala lebih 11,000 disahkan dijangkiti virus itu.

Jabatan Kesihatan Filipina dilaporkan berkata, sebahagian besar kematian membabitka­n mangsa yang tidak pernah mengambil vaksin demam campak.

“Kerajaan negara itu mengisytih­arkan beberapa wilayah sebagai pusat penyebaran virus demam campak, antaranya Calabarzon, Manila, Luzon Tengah, Visayas Barat dan Tengah.

Menular di Jepun

“Wabak demam campak juga sudah mula menular di Jepun apabila 167 kes dikesan, terutama di Mie dan Osaka.

“Walaupun belum ada kematian, kerajaan Jepun mengisytih­arkan ia paling teruk sejak 2008,” kata kementeria­n itu semalam.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika ini Program Imunisasi Kebangsaan mampu untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria dan virus tertentu.

Katanya, penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin meningkat di negara ini, yang mana kes demam campak (measles) meningkat daripada 195 kes pada 2013 kepada 1,934 kes pada tahun lalu, iaitu peningkata­n sebanyak 891.8 peratus bagi tempoh lima tahun.

“Bilangan kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes atau 68.7 peratus pada 2013 kepada 1,467 kes atau 75.9 peratus pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu juga, Kementeria­n Kesihatan merekodkan enam kematian demam campak yang mana semua kes tiada imunisasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia