Berita Harian

Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima bantu salur sumbangan

Mangsa banjir guna baucar tunai ditukar bahan keperluan

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima menyampaik­an sumbangan baucar tunai kepada 1,214 keluarga membabitka­n 3,401 penduduk yang terjejas banjir di daerah ini, bulan lalu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt menerima sumbangan itu bagi pihak penduduk daripada Ketua Komunikasi Korporat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Wan Abdillah Wan Nawi, di Dewan Terbuka Pekan Tandek dekat sini, semalam.

Menerusi sumbangan itu, setiap keluarga menerima baucar tunai bernilai RM150 yang boleh ditukar dengan barangan keperluan di pasar raya Servay dengan keseluruha­n nilai sumbangan diserahkan ialah RM182,100.

Tien Fatt berkata, sumbangan itu sangat membantu penduduk yang terjejas dan beliau berharap kerjasama bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan kemanusiaa­n dengan kumpulan Media Prima dapat diteruskan pada masa depan.

Bantuan lalu tak cukup

“Ketika banjir lalu, Jabatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah membelanja­kan RM133,690 untuk makanan basah, kering dan keperluan lain kepada mangsa banjir di pusat pemindahan.

“Ini tidak mencukupi dan saya harap pelbagai pihak tampil menghulurk­an bantuan seperti mana program dianjurkan Media Prima,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Kota Marudu, Arnold Joibi dan Pengarah JPKA Sabah, Mujin Durin.

Sementara itu, Wan Abdillah berkata, baucar tunai itu adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima yang diwujudkan sejak 2009.

“Kita harap sumbangan ini dapat meringanka­n beban penduduk yang terjejas banjir bulan lalu, terutama membeli barangan keperluan dapur.

“Media Prima mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai atas sumbangan untuk menjayakan misi ini,” katanya.

Banjir di daerah ini hujung bulan lalu mengakibat­kan lebih 3,00 penduduk daripada 27 kampung terjejas dengan lebih 2,500 orang terpaksa dipindahka­n ke 12 pusat pemindahan sementara.

Ringan beban

Sementara itu, penduduk Kampung Tandek, Rosmayati Ismail, 29, berkata banjir bulan lalu menyebabka­n rumahnya yang terletak di kawasan rendah dinaiki air lebih satu meter.

“Saya bersama suami dan tiga anak terpaksa tinggal dua malam di pusat pemindahan sementara dan kami berterima kasih atas sumbangan ini yang dapat meringanka­n beban membeli barang keperluan,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima boleh menyalurka­n sumbangan melalui akaun Maybank 5141-0532-0757.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Tien Fatt dan Wan Abdillah bersama penerima pada majlis penyerahan baucar tunai Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima di Kota Marudu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Tien Fatt dan Wan Abdillah bersama penerima pada majlis penyerahan baucar tunai Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima di Kota Marudu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia