Berita Harian

Tolong padam video, gambar arwah: Isteri

Kenderaan bawa diesel dikatakan merempuh lori di lorong kecemasan

- Oleh Rosman Shamsudin

“TArwah keluar rumah pergi kerja kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam) dan dia tidak menunjukka­n apa-apa perubahan” Khatijah Abdul Karim, Isteri mangsa

olonglah padam video dan gambar arwah di tempat kejadian,” rayu Khatijah Abdul Karim, 36, isteri kepada Allahyarha­m Mohamad Suhaimi Khamis, 38, pemandu lori tangki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, jam 9 pagi semalam.

Khatijah berkata, dia mendapat berita mengenai kemalangan itu daripada adik arwah yang menghubung­inya tidak lama selepas kemalangan itu dilaporkan media dan tersebar di media sosial.

“Arwah keluar rumah pergi kerja kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam) dan dia tidak menunjukka­n apa-apa perubahan,” katanya yang kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Slim River di sini, semalam.

Isteri sarat mengandung

Khatijah yang kini sarat mengandung tujuh bulan anak keempat, dikurniaka­n tiga anak termasuk kembar Mohd Ammar dan Mohd Amir berusia sembilan tahun serta anak perempuan, Afikah berusia lapan tahun.

Seorang saudara terdekat Rokiah Mohamad, 68, berkata sejurus menerima berita menimpa arwah dia bersama isteri serta anak-anak mangsa segera bertolak ke Hospital Slim River dari rumah mereka di Puchong, Selangor.

Katanya, ahli keluarga setuju membawa jenazah pulang untuk dikebumika­n di Kampung Kenangan Batu 13, Puchong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superinten­dan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pada jam 9.05 pagi pihaknya dimaklumka­n mengenai satu kemalangan maut dan terbakar di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitka­n tiga lori. Sebuah lori membawa muatan besi berhenti di lorong kecemasan kerana ada masalah brek angin manakala sebuah lagi dari syarikat sama berhenti untuk membantu.

Sebaik selesai, kedua-dua pemandu masuk ke lori masing-masing untuk meneruskan perjalanan apabila seorang pemandu berkenaan melihat sebuah lori tangki bergerak dari laluan tengah terus ke lorong kecemasan.

Lori tangki itu kemudian melanggar belakang lori kedua menyebabka­n lori berkenaan merempuh pula belakang lori pertama yang berhenti di lorong berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Lori tangki terbakar

“Akibat pelanggara­n itu lori tangki muatan diesel itu terbakar dan merebak ke lori yang dirempuhny­a.

“Lori yang berada di hadapan sekali tidak terbakar dan pemandu kedua-dua lori muatan besi tidak cedera,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, susulan kejadian itu lalu lintas sesak sepanjang lebih empat kilometer dan pihaknya kini sedang menjalanka­n siasatan lanjut.

 ??  ?? Kenderaan yang terbabit kemalangan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekata Slim River terbakar.
Kenderaan yang terbabit kemalangan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekata Slim River terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia