Berita Harian

Dua pelajar maut tercampak dari kenderaan

-

Beaufort: Kegembiraa­n empat sahabat yang dalam perjalanan pulang selepas mandi pantai bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Pimping, Membakut, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, Joelary Juni @ Kulin, 16, dan Mohd Fadzil Loin @ Mohd Zulkifli, 18, yang duduk di bahagian penumpang belakang kenderaan Toyota Land Cruiser, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan.

Ketika kejadian, semua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Membakut selepas berkelah di Pantai Pimping.

Difahamkan, Mohd Fadzil sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Joelary pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah St Patrick, Membakut.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak, berkata kenderaan yang dinaiki empat lelaki terbabit dalam perjalanan dari arah Palu-palu menuju ke Membakut.

Kenderaan hilang kawalan

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum terbalik beberapa kali.

“Dua pelajar lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang itu tercampak keluar dari kenderaan berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman yang parah,” katanya di sini, semalam.

Azmir berkata, pemandu dan seorang lagi penumpang hadapan masing-masing berusia 20 dan 21 tahun, hanya cedera ringan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabka­n kemalangan,” katanya.

 ??  ?? Kenderaan dinaiki dua pelajar yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Pimping, Membakut, Beaufort, semalam.
Kenderaan dinaiki dua pelajar yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Pimping, Membakut, Beaufort, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia