Berita Harian

Pesona Langkawi dari udara

Fakta nombor

-

Mengelilin­gi Pulau Mahsuri menaiki helikopter saji pemandanga­n serba indah

Lzubir_yunus@bh.com.my

azimnya apabila berpeluang melancong ke Pulau Langkawi, Kedah, pelancong rata-ratanya menyewa kereta atau motosikal. Mengelilin­gi pulau legenda Mahsuri sekitar tiga atau empat hari, barulah terasa puas dan berbaloi ‘pusing’ semua lokasi bagi menikmati pemandanga­n memukau.

Namun, bagi pelancong yang berkemampu­an, terutama dari Asia Barat, China dan Korea Selatan, mereka kini beralih kepada produk pelanconga­n baharu berstatus mewah, iaitu mengelilin­gi Langkawi menaiki helikopter peribadi, sekali gus meninjau pesona

Pulau Mahsuri dari ketinggian melebihi 600 meter (m), begitu menakjubka­n pemandanga­nnya.

Langkawi terdiri daripada gugusan 99 buah pulau kecil dan besar, manakala Langkawi sahaja mempunyai keluasan sehingga 478.48 kilometer persegi menyajikan puluhan destinasi terkenal atau produk pelanconga­n popular.

Namun, apabila memilih perkhidmat­an helikopter, pelancong berpeluang meninjau semua pulau dan tarikannya dalam tempoh 60 minit sahaja.

Keliling Langkawi selama sejam

Berikutan itu, Helioutpos­t Malaysia menyediaka­n perkhidmat­an dikenali Helicopter Tours bagi pelancong mengelilin­gi Langkawi, termasuk 99 gugusan pulau berkenaan sambil menaiki helikopter yang dikelaskan sebagai pesawat sayap putar, sekali gus menjanjika­n pemandanga­n luar biasa daripada sudut 360 darjah.

Pengendali­an helikopter kompleks berbanding pesawat kepak kaku, jadi tidak hairan mengapa kos penyelengg­araan dan operasinya tinggi.

Helikopter mempunyai kelajuan rendah berbanding pesawat komersial, manakala jarak penerbanga­nnya lebih dekat, sangat sesuai bagi tujuan pelanconga­n dan merakamkan foto daripada pelbagai sudut tidak terjangkau oleh pesawat biasa.

Daya angkatan juga terhad apabila helikopter dikendalik­an Helioutpos­t ini hanya memuatkan empat orang sahaja dalam satu-satu masa, termasuk juruterban­gnya. Namun, pasti ramai beranggapa­n, sewa helikopter peribadi ini sangat mahal.

Namun, bagi pelancong berkemampu­an yang mencari keseronoka­n dan kepuasan berlipat kali ganda, wang bukan lagi masalah besar.

Rata-rata pelawat yang memilih pakej 99 Magical Islands adalah pelancong dari Asia Barat apabila harga dikenakan bagi seorang ialah RM3,498 bagi tempoh penerbanga­n selama 60 minit dengan jarak penerbanga­n mengelilin­gi gugusan kepulauan Langkawi sejauh 120 kilometer (km).

Pelancong berpeluang menikmati pesona keindahan Tasik Dayang Bunting yang mempunyai kolam tadahan air tawar dikeliling­i air laut masin, sangat luar biasa kejadianny­a, selain menampilka­n mitos tersendiri.

Menyaksika­n Pulau Dayang Bunting dari udara, anda berpeluang melihat dua warna air yang berbeza iaitu laut biru, manakala air Tasik Dayang Bunting pula hijau. Begitu menakjubka­n.

Penulis pula memilih pakej Datai Bay Helijoride yang ditemani juruterban­g, Kapten Matthew Bryant apabila beliau terbang betul-betul bersebelah­an Gunung Mat Cincang yang menyediaka­n perkhidmat­an kereta kabel, sekali gus menyajikan pemandanga­n mempesona yang tidak pernah penulis alami selama ini dengan hanya menaiki kereta kabel menuju ke puncak gunung berkenaan.

LADA, Airasia jalin kerjasama

Bagi menggalakk­an lebih ramai pelancong memilih perkhidmat­an helikopter mengelilin­gi Langkawi, Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) dan Airasia Berhad menjalin bekerjasam­a membawa pengunjung bertandang ke Langkawi bagi menikmati pesona serta keindahann­ya yang luar biasa, sekali gus terus memahat nama Pulau Mahsuri itu di peta pelanconga­n dunia.

Pegawai Khas kepada

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LADA, Nor Azman Yussuf, menjelaska­n bagi memastikan perkhidmat­an helikopter di Langkawi terus mendapat sambutan dalam kalangan pelancong asing, pihaknya akan sentiasa mempromosi­kan produk berkenaan untuk pasaran dalam mahupun luar negara.

 ??  ?? Langkawi Gugusan 99 buah pulau sekitar Langkawi menjanjika­n panorama menakjubka­n daripada jendela helikopter.
Langkawi Gugusan 99 buah pulau sekitar Langkawi menjanjika­n panorama menakjubka­n daripada jendela helikopter.
 ??  ?? Kapten Matthew dan penulis. Foto Ihsan Bin Ali Holidays dan Zubir Mohd Yunus
Kapten Matthew dan penulis. Foto Ihsan Bin Ali Holidays dan Zubir Mohd Yunus
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Perkhidmat­an kereta kabel merentasi Gunung Mat Cincang.
Perkhidmat­an kereta kabel merentasi Gunung Mat Cincang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia