Berita Harian

Bangkok, Pattaya pikat ‘kaki jalan’

Juadah Thai, seronok beli-belah tarikan utama

- Oleh Helmi Hassan

Bbhnews@bh.com.my

ercuti bersama rakan apatah lagi dengan teman sepejabat yang sebahagian besar masa kita dihabiskan bersama mereka, adakala menjadi satu aktiviti yang sangat dinantikan.

Jalinan ukhuwah yang bersemi sekian lama bertambah erat apabila dapat bersama-sama menyusuri lokasi percutian impian. Baru-baru ini, sekumpulan kakitangan dan ahli Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Berhad bercuti ke Bangkok dan Pattaya selama lima hari empat malam.

Ada di antara mereka yang sememangny­a ‘kaki jalan’ memanfaatk­an percutian itu dengan membeli-belah dan menikmati pelbagai jenis juadah yang popular di negara itu terutama tom yam, som tam dan pulut mangga.

Dua kali berulang-alik ke Hard Rock Cafe Bangkok dan bersambung pula ke Hard Rock Cafe Pattaya setiap ‘tangan’ ahli rombongan pasti menjinjit beg yang mengandung­i cenderahat­i untuk diri sendiri dan ‘buah tangan’ buat ahli keluarga yang menantikan kepulangan mereka di tanah air.

Singgah di semua destinasi tidak pernah yang kembali menaiki bas dengan ‘tangan kosong’. Sementelah lagi, Bangkok dan Pattaya yang tercatat sebagai satu salah lokasi percutian paling popular di dunia, menawarkan aktiviti membeli-belah yang menyeronok­kan dengan harga berpatutan.

Kota pasar malam

Meskipun dari segi tukaran wang, ringgit Malaysia lebih rendah berbanding baht Thailand, ia tidak menjadi halangan untuk ahli rombongan ‘memenuhi’ bagasi masing-masing.

Bangkok juga adalah ‘kota pasar malam’ kerana di mana sahaja anda lawati pasti ada pasar malam, bukan saja besar malah setiap gerainya tersusun, persekitar­an yang cantik dan bersih.

Antara pasar malam popular di negara itu,

New Ratchada Train

Market, Chatucak Weekend & Street Market dan Asiatheque Riverfront

Street Market. Banyak lagi pasar malam namun tidak cukup waktu untuk menyelusur­i semuanya.

Pattaya juga tidak kurang ‘menawan’ dengan tarikan ‘kehidupan malam’ yang membuatkan hormon adrenalin anda bergerak pantas. Sekadar mengambil kira apa yang ‘terhidang’ di depan mata adalah hiburan semata-mata, pasti perasaan anda berasa ‘lega’.

Banyak lokasi ‘mesra keluarga’ yang anda boleh lawati di Pattaya seperti Taman Lebah terbesar di Asia Tenggara, Taman Tema Kambing, Taman Botanikal Nong Nooch, Four Regions Floating Market, Long Neck Karen Village dan Silver Lake Vineyard.

Rancang perjalanan

Percutian seperti itu sudah menjadi aktiviti tahunan mereka dan kali ini, bagi memudahkan perjalanan mereka menggunaka­n khidmat agensi pelanconga­n yang beroperasi di

Alor Setar, Kedah, dipandu arah oleh ‘tour guide’ yang ramah, iaitu Othman Mohammad Isa atau mesra disapa ‘Abang Man’.

Sekali lagi pada Mac ini, mereka akan bercuti ke Hadyai dan Songkla. Mereka juga merancang untuk bercuti ke

Vietnam dan China.

Kami puas hati dengan khidmat agensi pelanconga­n berkaitan kerana mereka sentiasa mendengar luahan hati kami kerana dalam apa yang kita buat atau lakukan serta rancang tiada yang pernah sempurna.

Sepanjang perjalanan lima hari empat malam itu juga, Abang Man tidak jemu melayan karenah dan permintaan kami. Tahu sajalah, melayan ‘satu kepala’ sahaja sudah ‘pening’, inikan pula berpuluh orang yang beragam sikap dan permintaan.

 ??  ??
 ??  ?? Penulis bergambar bersama wanita suku Karen yang menjadi tarikan pelancong di Bangkok. Ahli rombongan bergambar kenangan di Taman Botani Pattaya.
Penulis bergambar bersama wanita suku Karen yang menjadi tarikan pelancong di Bangkok. Ahli rombongan bergambar kenangan di Taman Botani Pattaya.
 ??  ?? Pasar Terapung di Pattaya menjual pakaian dan makanan.
Pasar Terapung di Pattaya menjual pakaian dan makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia