Berita Harian

Lata Iskandar destinasi wajib dikunjungi

Lokasi riadah seisi keluarga popular di Cameron Highlands

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Pzubir_yunus@bh.com.my

erjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands, Pahang tidaklah begitu jauh sekitar dua jam lebih sahaja, namun anda berpeluang menikmati pemandanga­n memukau sepanjang laluan di kiri dan kanan jalan.

Ada dua jalan menuju ke Cameron Highlands, iaitu dari Tapah jalannya berliku-liku dan sempit serta banyak kenderaan. Laluan lain dari Simpang Pulai, perjalanan­nya agak jauh, tetapi lebih selamat dan selesa.

Pun begitu, sekiranya menggunaka­n laluan Tapah-cameron Highlands terutama pada hujung minggu ataupun musim cuti persekolah­an, jalan berkenaan sesak dengan deretan kenderaan, terutama bas pelancong dan teksi sewa.

Destinasi yang jaraknya hanya 500 meter (m) untuk dituju, sekiranya terperangk­ap dalam kesesakan lalu-lintas, boleh mengambil masa sehingga satu hingga dua jam.

Penulis pula memilih laluan Tapah-cameron Highlands untuk ke tanah tinggi kerana ingin menikmati keindahan flora dan fauna yang tersaji dalam hutan simpan kekal di sepanjang perjalanan.

Tarikan sepanjang jalan ke Cameron Highlands

Kesesakan semakin ‘parah’ apabila ramai pengunjung memberhent­ikan kenderaan di tepi jalan untuk membeli petai segar atau barangan kraf yang dijual oleh masyarakat Orang Asli di sepanjang laluan menuju ke Cameron Highlands.

Justeru, kesabaran amat dituntut untuk menempuh kesesakan yang berlaku, terutama Jumaat dan Sabtu.

Sudahlah jalannya sempit, laluan dua lorong, bertukar menjadi selorong sahaja. Hati panas membara apabila kenderaan berat seperti lori tangki minyak dan yang membawa muatan balak menggunaka­n laluan sama bergerak perlahan, menambahka­n lagi ‘sengsara’ di sepanjang perjalanan.

Namun, pada pertengaha­n perjalanan menghala ke Cameron Highlands dari Tapah sekitar daerah Batang Padang, anda boleh merehatkan minda dan ‘menyejukka­n’ badan selepas terperangk­ap dalam kesesakan lalu-lintas di

Air Terjun Lata Iskandar, iaitu antara destinasi percutian popular di Perak selepas Lata Kinjang.

Airnya sejuk dan mengalir deras sangat sesuai dengan lokasinya berhampira­n tanah tinggi dan dikeliling­i alam semula jadi yang masih belum terusik.

Panorama indah mempesona

Berkunjung ke Air Terjun Lata Iskandar, anda bukan sahaja boleh menikmati kesejukan airnya, tetapi panorama indah mempesonak­an.

Lokasi ini sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil mandi-manda kerana kebanyakan kolam tadahan air terjunnya tidak dalam, hanya separas pinggang.

Walaupun keadaan di situ nampak tenang dan selamat untuk anak kecil, ini tidak bermakna ibu bapa boleh bersembang panjang atau leka mengambil gambar tanpa mempedulik­an keselamata­n anak mereka bermandi-manda.

Ini bagi mengelakka­n daripada berlaku kejadian tidak diingini atau terjatuh memandangk­an tempat itu agak sesak, terutama pada waktu puncak hujung minggu atau cuti am.

 ??  ?? Masyarakat Orang Asli menjual pelbagai barangan di sepanjang laluan menuju ke Cameron Highlands.
Masyarakat Orang Asli menjual pelbagai barangan di sepanjang laluan menuju ke Cameron Highlands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia