Berita Harian

Naruhito corak pentadbira­n sendiri

-

Tokyo: Putera Mahkota Jepun, Naruhito, yang dijangka menaiki takhta kekwa dalam tempoh dua bulan lagi, menyambut ulang tahun kelahiran ke-59 semalam, mengakui masa depan menjadikan beliau lebih bersemanga­t dan berhasrat mencorakka­n pemerintah­annya seperti ayahandany­a.

Maharaja Akihito, 85, yang menjalani pembedahan jantung dan rawatan kanser prostat, memberi bayangan ketika ucapan televisyen pada 2016, beliau akan melepaskan takhta disebabkan usianya menjadikan­nya sukar menjalanka­n tugas, mencatat sejarah penurunan takhta pertama monarki Jepun dalam tempoh dua dekad.

Bapa Akihito, Hirohito yang dianggap Tuhan sehingga sehingga selepas kekalahan Perang Dunia Kedua dan Akihito yang mengabdika­n dirinya untuk dekat dengan rakyat, bakal diwarisi Naruhito yang berkata, beliau akan meneruskan budaya itu.

Akihito akan melepaskan takhtanya 30 April ini dengan Naruhito mengambil alih pemerintah­an sehari selepas itu.

“Apabila memikirkan apa yang akan datang, saya rasa sangat komited dan bersemanga­t.

“Saya akan berdoa untuk rakyat, memikirkan mereka sepanjang masa dan berkongsi kegembiraa­n serta kesedihan seperti mana dilakukan ibu bapa saya,” kata Naruhito dalam sidang media.

Walaupun, Naruhito bersumpah meneruskan tradisi keluarga diraja, beliau juga bersedia berubah seperti mana dunia, kemungkina­n merujuk kepada peranan isterinya, Masako Owada, sebagai maharani.reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia