Berita Harian

Keindahan bunga sakura mekar lebih awal di Jepun

-

Paris: sekumpulan saintis antarabang­sa berjaya menemui 300,000 galaksi baharu di langit utara bumi menggunaka­n rangkaian teleskop susun atur frekuensi rendah (LOFAR) di Eropah digelar hubble.

Pasukan antarabang­sa di sebalik tinjauan angkasa lepas itu berkata, penemuan mereka pada hakikatnya menjelaska­n sesetengah rahsia mendalam alam semesta termasuk fizik lubang hitam dan bagaimana kelompok galaksi berkembang.

“ini adalah jendela baharu alam semesta. apabila kami melihat imej pertama, kami seperti: ‘apakah ini?!’ ia bukan seperti yang kami biasa lihat,” kata seorang ahli astronomi di

yang terbabit dalam projek itu, Cyril Tasse.

Lebih 200 pakar kaji bintang dari 18 negara terbabit dalam kajian itu, yang menggunaka­n astronomi radio untuk melihat segmen langit di atas utara hemifesra dan menemui 300,000 sumber cahaya tidak dilihat dianggap galaksi jarak jauh.

astronomi radio membolehka­n saintis mengesan radiasi dikeluarka­n apabila objek cakerawala besar berinterak­si.

Pasukan itu menggunaka­n teleskop LOFAR di Belanda untuk memeriksa kesan atau ‘jet’ radiasi kuno yang terhasil apabila galaksi bergabung.

Jet itu, sebelum ini tidak dikesan boleh menjangkau lebih jutaan tahun cahaya.

Fenomena membingung­kan

“Dengan pemerhatia­n radio, kita boleh mengesan radiasi daripada medium lemah yang wujud di antara galaksi.

LOFAR membolehka­n kita mengesan lebih banyak sumber seperti ini dan memahami apa yang mencetuska­nnya,” kata amanda Wilber dari Universiti hamburg di Jerman.

Penemuan sumber cahaya baharu mungkin juga membantu saintis memahami lebih jelas tabiat satu daripada fenomena di angkasa lepas paling membingung­kan.

Lubang hitam, yang memiliki tariselepa­s kan graviti amat kuat sehingga tiada apa mampu mengatasin­ya, mengeluark­an radiasi apabila ia menelan objek dengan jisim besar lain seperti bintang dan awan gas.

Tasse berkata, teknik pemantauan baharu akan membolehka­n pakar kaji bintang membanding­kan lubang hitam sejajar masa untuk melihat bagaimana ia terbentuk dan berkembang.

“Jika anda lihat satu lubang hitam aktif, jet (radiasi) hilang selepas jutaan tahun dan anda tidak akan melihatnya pada frekuensi cahaya lebih tinggi.

“namun pada frekuensi rendah, ia terus mengeluark­an jet (radiasi) ini selama ratusan jutaan tahun, justeru kita boleh melihat elektron yang lebih berusia,” katanya.

Teleskop hubble itu menghasilk­an imej yang menjurus saintis percaya ada lebih 100 bilion galaksi di alam semesta, walaupun kebanyakan­nya terlalu tua dan jauh untuk dipantau menggunaka­n teknik pengesanan tradisi.

 ??  ??
 ?? [ FOTO hiasan ] ?? Paris Observator­y Times The Straits blossoms cherry Teleskop Hubble milik Pentadbira­n Aeronatik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).
[ FOTO hiasan ] Paris Observator­y Times The Straits blossoms cherry Teleskop Hubble milik Pentadbira­n Aeronatik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia