Berita Harian

Undian dicemari keganasan angkara Boko Haram

-

Daura: Rakyat Nigeria mengundi memilih presiden baharu semalam, selepas tertangguh selama seminggu yang mencetuska­n kemarahan politik, tuduhan konspirasi dan kebimbanga­n akibat keganasan.

Kira-kira 120,000 stesen pengundian dibuka dari jam 8 pagi walaupun berlaku kelewatan penghantar­an kertas undi dan kakitangan.

Keputusan dijangka dikeluarka­n awal minggu depan dengan pemenang bakal mengetuai kawalan negara Afrika paling padat penduduk yang juga pengeluar utama minyak, selama empat tahun.

Presiden Muhammadu Buhari, 76, adalah antara pengundi terawal di bandar kelahirann­ya di sini, terletak di negeri barat laut Katsina serta yakin beliau akan menang.

“Amat baik setakat ini. Saya akan mengucapka­n tahniah kepada diri sendiri. Saya akan menjadi pemenang,” katanya kepada media.

Pencabar utamanya, Atiku Abubakar, 72, berkata beliau kagum dengan kehadiran pengundi di Yola, timur laut negeri Adamawa.

Orang awam cedera

Ditanya jika beliau akan menerima keputusan: “Saya seorang demokrat.” Tidak lama sebelum pusat undi dibuka, seorang askar terbunuh manakala 20 lain cedera ketika pejuang Boko Haram cuba menyusup ke bandar timur laut Maiduguri.

Sumber keselamata­n dan penduduk berkata, beberapa letupan kedengaran ketika militan melepaskan serangan mortar.

Ada laporan serangan di Auno, sejauh 25 kilometer di barat bandar itu serta di Geidam, negeri jiran Yobe.

Suruhanjay­a Pilihan Raya Bebas Nasional (INEC) Sabtu minggu lalu mengumumka­n kelewatan pengundian, beberapa jam sebelum berlangsun­g.

Pengundi yang berang menuduh parti utama bersubahat dengan INEC untuk menipu undi.

Lebih 84 juta orang berdaftar untuk mengundi namun hanya 72.7 juta atau 86 peratus dibenarkan membuang undi.

Pada 2015, Muhammadu Buhari yang juga bekas pemerintah tentera menjadi calon pembangkan­g pertama dalam sejarah Nigeria mengalahka­n Presiden Goodluck Jonathan dengan 2.5 juta undi.

Beliau sekali lagi berikrar bertegas menangani keadaan tidak selamat dan rasuah serta mahu menyelesai­kan projek infrastruk­tur jalan dan kereta api serta skim mobiliti sosial.

AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia