Berita Harian

Tangkap R Kelly

Hadapi 10 kes penderaan seksual babit kanak-kanak

-

Bintang R&B, R Kelly didakwa kelmarin di Amerika Syarikat (AS) di sini atas 10 tuduhan melakukan penderaan seksual ke atas empat mangsa, tiga daripadany­a bawah umur.

Hakim meluluskan waran tangkap tanpa jaminan ke atas penyanyi berusia 52 tahun itu, kata seorang kerani Cook County, perkembang­an penting dalam skandal yang menyaksika­n dia dituduh melakukan jenayah pornografi kanak-kanak, hubungan seks dengan golongan bawah umur, mengendali­kan kultus seks dan serangan seksual selama berdekad.

Penjara tiga hingga tujuh tahun

Peguam Negeri Cook County, Kim Foxx, memberitah­u media, dakwaan jenayah itu berlaku antara 1998 dan 2010. Seorang kerani mahkamah memaklumka­n, sembilan daripada tuduhan, termasuk golongan bawah umur berusia antara 13 dan 16 tahun.

Jenayah itu membawa hukuman penjara antara tiga hingga tujuh tahun bagi setiap kesalahan dan dibenarkan menjalani tempoh percubaan, kata Foxx, menambah Kelly dijangka hadir di mahkamah jaminan tengah hari semalam jika ditahan sebelumnya.

Peguam Kelly, Steve Greenberg berkata di Twitter, anak guamnya akan menyerah diri antara jam 11 malam dan tengah malam.

Pemuzik itu dijadualka­n dihadapkan ke mahkamah 8 Mac ini di sini. Ia adalah kali kedua pendakwa raya bandar ini mendakwa Kelly dengan jenayah seksual, selepas satu perbicaraa­n dramatik yang membabitka­n pita seks.

Pemuzik itu dilepaskan daripada 21 tuduhan pornografi kanak-kanak pada 2008.

“Hari ini menandakan titik perubahan dalam tempoh 25 tahun penderaan oleh pemangsa,” kata peguam profil tinggi, Michael Avenatti, yang mewakili dua mangsa, dua ibu bapa dan dua pembocor maklumat dikaitkan penyanyi itu. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia