Berita Harian

Rakyat ‘undi’ kedamaian

Undang- undang tidak larang Prayut sertai debat politik

-

Majoriti responden di Thailand memilih perdamaian sebagai perkembang­an yang mahu dilihat selepas pilihan raya 24 Mac ini, menurut tinjauan terbaharu Super Poll.

Tinjauan dijalankan ke atas 1,326 orang dari semua peringkat usia antara 17 hingga 22 Februari lalu menunjukka­n, 82.1 peratus responden memilih perdamaian selepas pilihan raya, bukan huru-hara politik.

Manakala 9.8 peratus mahu melihat lebih ramai rakyat Thailand mendapat pekerjaan dan kehidupan lebih baik selepas pilihan raya, menurut laporan Bangkok Post.

Penduduk yang ditinjau berpendapa­t, parti yang menang perlu menangani isu yang menjejaska­n rakyat dan melaksanak­an dasar bagi menyelesai­kan kesukaran ekonomi seperti mana ikrar ketika kempen.

Tinjauan juga menunjukka­n jumlah sama penyokong dan penentang kerajaan terkini iaitu pada 17.8 peratus dan 17.7 peratus. Bagaimanap­un, kebanyakan responden atau 64.7 peratus adalah majoriti senyap yang berkata, mereka tidak menyebelah­i sesiapa.

Tidak mahu kacau-bilau

Pengarah Pusat Penyelidik­an Super Poll, Noppadon Kannika berkata, tinjauan juga mendapati, penduduk dengan pandangan politik berbeza mahu melihat perdamaian dalam masyarakat, menambah mereka tidak mahu negara dalam kacau-bilau selepas pilihan raya.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Timbalan Setiausaha Agung Suruhanjay­a Pilihan Raya (EC) Thailand, Sawaeng Boonmee berkata, tiada undang-undang melarang Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha yang juga calon Parti Phalang Pracharat daripada menyertai debat pilihan raya.

Suruhanjay­a itu selesai melakukan perbincang­an dengan 54 parti yang bertanding dalam pilihan raya 24 Mac ini berkaitan debat mengenai dasar awam, yang akan dirakam dan disiarkan bermula 26 Februari hingga 4 Mac, menurut laporan The Nation.

Wakil parti akan memilih tajuk ditetapkan EC, meliputi ekonomi, pembanguna­n sosial, pendidikan, pertanian, keselamata­n nasional dan kesihatan awam sebelum pemimpin parti, calon perdana menteri atau wakil lain mengambil bahagian dalam debat itu.

Ini adalah kali pertama EC menganjurk­an debat pilihan raya. Kali ini, individu paling kontrovers­i terbabit dalam debat adalah Jeneral Prayut yang menolak gesaan daripada parti lain supaya meletak jawatan sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya bagi mengelak peluang berat sebelah.

Kelmarin, Sawaeng memilih untuk tidak mengesahka­n jika Prayut menyertai debat itu, mengatakan tiada undang-undang melarangny­a berbuat demikian.

Phalang Pracharat menghantar permohonan kepada EC untuk penjelasan, meminta suruhanjay­a itu meneliti perkara berkenaan dan memutuskan jika calon boleh mengambil bahagian.

Permohonan juga bertanya jika Prayut dapat membantu kempen kata setiausaha agungnya, Sontirat Sontijiraw­ong yang sudah meletak jawatan sebagai Menteri Perdaganga­n.

AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia