Berita Harian

Gabenor Riau isytihar sokong Jokowi

-

Jakarta: Gabenor Riau, Syamsuar mengisytih­arkan sokonganny­a terhadap cubaan pemilihan semula Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo ketika majlis angkat sumpah di Istana Negeri, baru-baru ini

Dalam pilihan raya serantau 2018, Syamsuar, anggota Parti Mandat Negara (PAN), disokong PAN dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS), dua anggota parti gabungan yang menyokong lawan Jokowi, Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden 2019.

Syamsuar berkata selepas majlis angkat sumpahnya Rabu lalu, beliau memutuskan menyokong Jokowi kerana pencapaian Presiden Indonesia itu dalam pembanguna­n infrastruk­tur dan pembaharua­n pertanian sejak

(gambar)

empat tahun lalu.

Jangan pengaruhi penduduk

Beliau melahirkan harapan Jokowi akan meneruskan programnya untuk penggal seterusnya, jika dipilih semula.

“Saya berharap beliau (Jokowi) akan dipilih semula sebagai presiden untuk dua penggal,” katanya dipetik The Jakarta Post.

Menjawab pendirian Syamsuar, PKS memberi amaran kepada gabenor itu supaya tidak menggunaka­n kuasanya untuk mempengaru­hi penduduk di wilayah itu mengundi Jokowi.

“Anda sebagai seorang gabenor, tiada kuasa meminta orang ramai menuruti pilihan politik kamu,” kata eksekutif PKS, Hidayat Nur Wahid.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAN, Eddy Soeparno berkata, beliau menjangka Syamsuar tidak akan menyertai kempen Jokowi.

“Beliau bukan seorang eksekutif dalam parti dan berhak menyokong Jokowi, tetapi kami memintanya supaya tidak menyertai pasukan kempen dan boleh menumpukan terhadap tugas gabenornya,” kata Eddy.

Sokongan Syamsuar menambah senarai panjang pemimpin serantau yang turut mengisytih­arkan sokongan terhadap Jokowi.

Baru-baru ini, pasukan kempen calon gandingan Jokowi-ma‘ruf Amin mendakwa sejumlah 30 gabenor dan 359 datuk bandar serta wilayah menyokong mereka. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia