Berita Harian

Paltrow mahu bersara daripada produksi Marvel

-

Los Angeles: Aktres Gwyneth Paltrow bercadang berhenti daripada berlakon dalam filem keluaran Marvel.

Pelakon berusia 46 tahun itu, yang memegang watak Pepper Potts dalam dan mendedahka­n, beliau mahu berhenti berlakon siri filem adi wira itu kerana berpendapa­t dirinya ‘terlalu tua memakai sut’ pada usia sekarang.

Bercakap mengenai rancangan beliau meninggalk­an filem Marvel, Paltrow memberitah­u majalah

“Saya berasakan diri saya terlalu tua memakai sut dan semua itu pada usia ini. Saya bertuah memegang watak berkenaan sejak kali pertama muncul dalam filem

pada 2008. Saya sebenarnya diminta berbuat demikian kerana mengenali pengarah Jon Favreau.

“Ia adalah pengalaman mengujakan terbabit dalam pembikinan pertama Iron Man dan kemudian menyaksika­n ia semakin popular dalam kalangan peminat,” kata aktres itu.

Kemunculan terakhir

Paltrow akan berlakon sebagai Pepper Potts untuk kali ketujuh dan mungkin terakhir dalam sekuel Avengers: Endgame, yang dijangka ditayangka­n akhir tahun ini.

Pengasas Goop itu memenangi Anugerah Oscar untuk Aktres Terbaik pada 1999 dalam filem Shakespear­e in Love.

Namun Paltrow mengakui beliau pada awalnya menolak peranan itu kerana mengalami keretakan hubungan dengan Brad Pitt ketika diberi skrip.

“Filem itu banyak melalui proses pengulanga­n. Julia Roberts dikatakan melakonkan­nya untuk tempoh panjang, tetapi versi itu tidak disiar.

“Ia berakhir dalam Miramax dan saya individu pertama ditawarkan. Ketika itu, saya sedang kecewa dan di ambang perpisahan dengan Brad Pitt. Tawaran ke England yang jauh dari tanah air dirasakan sangat mustahil. Saya langsung tidak membacanya.

“Saya seolah-olah tidak boleh membaca apa pun ketika itu. Saya menghadapi masa yang amat sukar,” katanya.

 ??  ?? Paltrow menganggap dirinya tidak sesuai memakai sut untuk watak Pepper Potts pada usia sekarang. The Iron Man Variety: Iron Man The Avengers,
Paltrow menganggap dirinya tidak sesuai memakai sut untuk watak Pepper Potts pada usia sekarang. The Iron Man Variety: Iron Man The Avengers,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia