Berita Harian

Tambak gergasi antara keunikan Pulau Staffa

- Susunan Osman Lisut

Destinasi percutian pulau tanpa penghuni terjemahan fenomena alam

Pmanlee@bh.com.my

ulau Staffa terletak di Scotland, hanya dihuni 16 orang penduduk pada sekitar 1700-an. Kini tempat itu sudah tidak berpenghun­i, hanya menjadi lokasi persinggah­an pelancong menghabisk­an percutian.

Lokasi istimewa ini mempunyai keunikan ciri geografi kerana terdapatny­a banyak gua dan tiang basalt antaranya Tambak Gergasi atau Giant’s Causeway.

Pulau kecil luar biasa itu terletak di barat daya Isle of Ulva dan di antara Ross of Mull dan Kepulauan Treshnish, adalah pulau terkecil di Hebrides Selatan.

Di pantai timur pulau itu pula terdapat dua gua iaitu Gua Kambing dan Gua Clamshell. Ketinggian pintu masuk gua ini kira-kira 10 meter (m), enam meter lebar dan 45m panjang.

Bahagian sebelah berdiri megah rabung basalt berdiri seperti rusuk kapal.

Keindahan mempersona

Di barat daya pulau ini pula terdapat Gua Bot dan Gua Mackinnon, mempunyai terowong yang menyambung­kannya ke Gua Cormorant.

Mercu tanda utama di situ, Gua Fingal, iaitu gua laut besar terletak berhampira­n hujung selatan pulau dengan ketinggian kira-kira 20m dan panjang 75m, terbentuk di tebing lajur basal heksagon.

Tempat ini terkenal pada akhir abad ke-18 selepas dikunjungi ahli botani dan aktiviti alam sekitar Sir Joseph Banks pada tahun 1722.

Banks dan rakannya terpesona dengan keindahan alam semula jadi tiang basalt dan gua laut utama, ‘Fingal’s Cave’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia