Berita Harian

Rawatan kecantikan, kesihatan di Genting

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar dan Suhaila Ali

bminggu@bh.com.my

Diberi jolokan Las Vegas Malaysia, pusat peranginan Genting Highlands, Pahang menjadi destinasi pilihan individu yang mengimpika­n percutian singkat tetapi padat dengan kepelbagai­an aktiviti.

Selain tarikan aktiviti merangsang ‘adrenalin’, membeli-belah dan bersantai, pusat peranginan itu menawarkan keunikan lain seperti memanjakan diri menerusi pilihan rawatan kecantikan dan kesihatan.

Timbalan Presiden Operasi Hotel Resorts World Genting, Victor Foo Yip Hon, berkata pusat rawatan kecantikan dan kesihatan M Spa & Fitness, menawarkan pengalaman penjagaan diri yang holistik.

Katanya, pusat rawatan itu turut menawarkan pelbagai tarikan rawatan termasuk urutan badan menumpukan lima kunci organ tubuh, termasuk hati, paru-paru, buah pinggang dan limpa.

“Sentuhan rawatan

Barat, The Temptress Divine memberi fokus kepada penggunaan bahan seperti lavender dan grapeseed.

‘The Highland Escapes’ pula menterjema­hkan gabungan Barat dan Timur menggunaka­n bahan seperti garam Himalaya dan lada hitam.

“Semua rawatan itu dikendalik­an oleh terapi profesiona­l mendapat kelayakan latihan di Bali, Indonesia bagi memberikan kesempurna­an perkhidmat­an,” katanya.

Sedia pusat kecergasan

Yip Hon berkata, pusat rawatan itu turut menyediaka­n sesi latihan kecergasan di gimnasium M Gym, khusus buat individu mengutamak­an penjagaan fizikal biarpun dalam suasana bercuti.

“Pusat aktiviti lasak dan gimnasium di sini terbuka membolehka­n anda bersenam sambil menikmati kedinginan udara dan pemandanga­n sekitar.

“Selain menggunaka­n kelengkapa­n alatan senam berteknolo­gi tinggi dari Jerman, program jurulatih kecerdasan turut ditawarkan untuk aktiviti senaman lebih lebih mencabar,” katanya. Rawatan therapeuti­k menggunaka­n batu Lulur badan Signature Elements Body Urutan Bali menyenangk­an tubuh

Terapi kaki

Jakuzi

Menggunaka­n bahan semula jadi termasuk beras, kelapa, serai, limau dan pati anggur

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia