Berita Harian

Penangan sajian pedas ekstrem

-

Bagi penggemar sajian makanan pedas, semakin berapi tahap kepedasan, makin membangkit­kan selera. Biarpun sudah diminta ekstra pedas daripada biasa, hirisan cili potong tetap menjadi pelengkap hidangan.

Melihat kecenderun­gan ramai menggemari sajian pedas, banyak premis makanan mengetenga­hkan makanan seumpama itu bagi memenuhi selera pelanggan.

Tidak terkecuali restoran ayam goreng, 4Fingers tampil dengan menu khusus untuk musim perayaan tahun baharu di 14 cawanganny­a di Kuala Lumpur, Pulau

Pinang dan Johor Bahru.

Menariknya sos istimewa, Firecracke­r Chicken, menu edisi terhad hanya disajikan dalam tempoh terhad, iaitu hingga penghujung bulan ini.

Campuran rempah dan sos istimewa diadun bersama pilihan rempah segar seperti jintan dan lada Szechuan, membuatkan ayam goreng lebih rangup dan empuk.

Kajian istimewa

Kekal sebagai sajian istimewa, bahagian kepak dan paha, set hidangan Firecracke­r Chicken boleh ditambah dengan sajian sampingan, iaitu kentang goreng berperisa kimci mahupun rumpai laut.

Sos dan ramuan sapuan untuk menu ini adalah sentuhan cef selebriti, Bjorn Shen. Hidangan boleh dinikmati pada harga bermula RM15 untuk hidangan pilihan, manakala RM19.70 sajian set.

Cef kelahiran Singapura dengan 14 tahun pengalaman dalam dunia kulinari, adalah personalit­i yang tidak asing dalam industri makanan dan minuman.

Pemilik restoran popular di negara jiran itu, Artichoke menghasilk­an salutan rempah yang enak, gandingan unik rempah yang memberikan rasa kari yang enak.

“Saya berani mengatakan tahap kepedasan yang tinggi berbanding resipi ayam goreng rangup lain, khusus untuk penggemar makanan pedas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia