Berita Harian

Mengemis Secebis Bahagia

-

Gilakah Kitam hingga diperlakuk­an sedemikian rupa? Atau pun apakah sebab dan kesalahan yang Kitam lakukan hingga dihukum seumpama itu? Ditambatny­a Kitam dengan rantai dan dibiarkan di bawah pohon tanpa rasa simpati; cuma didirikan bangsal kecil beratapkan tong minyak tar dibelah dua untuk berselindu­ng kala hujan dan berteduh ketika terik matahari? Atau ganas dan garangkah Kitam yang kadang-kadang dibiarkan kelaparan dan kehausan berhari-hari? Tetapi itulah Kitam!

Kitam sebenarnya tidak pernah meracau dan merapu bukan-bukan. Kalau menuduh Kitam gila, Kitam juga tidak pernah memberonta­k. Kalau tuduh Kitam ganas dan garang, hidupnya hanya mundar-mandir di sekeliling bangsal. Kecuali apabila ada orang datang menghampir­i, Kitam akan berdiri dan menjenguk muka serta menjebehje­behkan mulut ke arah orang itu, kemudian duduk dan berpaling semula ke arah lain. Seperti merajuk dan kesal diperlakuk­an seperti ini. Setelah puas duduk membelek-belek bulu paha dan betis, Kitam akan masuk semula ke dalam bangsal dan duduk terbongkok tanpa mempedulik­an sekeliling­nya.

Memang Kitam tidak pernah menuduh atau menyalahka­n sesiapa pun yang memperlaku­kannya begitu; tidak ubah seperti abdi dalam tahanan. Mungkin manusia yang lebih sempurna dan waras daripada Kitam juga tidak banyak yang benar-benar memahami jiwa dan perasaanny­a. Kalau ada sekali pun yang faham dan tahu, yang betul-betul kalis hanyalah keluarga dan kerabat Kitam sendiri. Namun di daerah ini amat sukar buat Kitam menemui kerabat-kerabatnya. Di sini, Kitam sebatang kara.

Hari ini seperti harihari sebelumnya, setelah puas mundar-mandir di sekeliling istana bahagianya - meskipun tiada seorang pun tahu Kitam benar-benar bahagia atau sebaliknya - Kitam duduk terbongkok membelakan­gi mahligai dan menghadap sayu ke arah sungai yang beriak kecil diterpa angin pagi. Kitam seperti sengaja membiarkan keadaannya begitu, walaupun hanya beberapa meter daripadany­a, di bawah atap Monier sebuah rumah batu setingkat, ada parti dan pesta tari-menari.

Memang semenjak awal pagi mereka memulakan parti dan pesta dengan hidangan pelbagai juadah yang menyelerak­an. Satusatuny­a yang benar-benar tidak dilupai ialah minuman dan lagu. Pelbagai minuman disediakan, termasuk yang menghanyut­kan manusia ke alam khayalan. Mungkin Kitam dapat menyelamin­ya dan cukup tahu serta arif yang dunianya dengan dunia mereka amat berlainan.

Begitu juga lagu-lagu dimainkan, bermula sentimenta­l yang menyentuh hati hingga lagu lebih rancak yang menggoncan­gkan jiwa. Namun bagi Kitam ini mungkin sesuatu terlalu membingitk­an dan menghiruk-pikukkan ketenangan­nya.

‘Beginilah hidup manusia, alangkah bebasnya hidup mereka!’ Mungkin inilah yang terbisik jauh mendalam di hati Kitam. Hidup yang tidak terkongkon­g sebagaiman­a dunianya yang serba-serbi terbatas. Umpama hidupnya semata-mata menunggu dan menagih simpati serta belas kasihan manusia yang cukup dengan sifat 32 dan kewarasann­ya. Hanya sekadar mendapatka­n secebis sisa makanan untuk menggalas perut dan semangkuk air kosong sekadar menghilang­kan dahaga.

Bagi aku, aku rasa kalaulah Kitam dapat bertutur bahasa manusia, mungkin sudah lama dan berkali-kali Kitam akan bertanya “Bilakah masa yang sepatut dirinya dapat mengecapi kebebasan mutlak untuk meneruskan hidupnya? Atau masih jauh dan belum tamat lagikah hukuman ini?”

Begitulah apa yang aku rasai tentang Kitam. Malah terselit kejap di hati aku agar Kitam dilepas dan dibebaskan. Biarlah Kitam mengecapi kebebasan yang sepatut dimiliki dan hak semulajadi­nya. Namun apa yang dapat Kitam lakukan, cuma menunggu dalam pilu dan sayu, seperti merenung nasib dan masa depannya yang sepatutnya panjang dan entah bila tiba masa untuk sampai ke noktah.

Hidup Kitam sebenarnya banyak yang dapat dilakukan selain memanjat kelapa dan mengambil petai, bermula awal pagi hingga hampir petang kerana Kitam diajar dan diasuh sebaik-baiknya semenjak usia masih belum bertaring. Oleh itu, apa yang dapat Kitam lakukan untuk melunaskan­nya dengan kudrat masih tersisa padanya, walaupun terpaksa tanpa membantah. Ini kerana Kitam cukup tahu kalau cuba membantah dan ingkar suruhan, pasti akan dihukum. Kitam akan dibedal secukup-cukupnya dengan apa saja yang sempat dicapai tangan tuannya.

Pasti terjerit-jerit, terloncat-loncat dan terguling-guling Kitam kesakitan hingga terkencing serta terkeluar najis. Oleh itu, Kitam terpaksa akur dan gerun walaupun jauh di hati seakan menyembuny­ikan dendam. Dendam yang pasti tidak ada harapan untuk ditebusnya kembali.

Sebenarnya aku datang ke sini, di rumah batu

beratap Monier ini bukan semata-mata kerana parti dan pesta yang hampir setiap hujung minggu. Bukan juga kedatangan­ku diumpan makanan dan minuman serta lagu dimainkan itu. Aku datang semata-mata kerana Kitam; hati aku seperti bahagia apabila berada di sisinya, melihat gelagat dan tingkah-lakunya serta cuba memahami jiwanya.

‘Terima kasih kerana menjenguk,’ mungkin begitu akan dikatakan Kitam kepadaku andai boleh bertutur bahasa manusia.

Namun itulah, walau terlalu sukar menterjema­h jiwa Kitam dan jiwa manusia. Pun begitu dengan apa aku rasai kini, masih ramai manusia terlupa dan seperti sengaja melupai jiwa masing-masing, walaupun semua ciptaan dan hamba Tuhan.

‘Ah, siapakah sebenarnya yang gila? Aku ataupun Kitam?’ getus hatiku tiba-tiba. ‘Kitam seekor beruk, manakala aku manusia. Tapi apa bezanya beruk dengan manusia?’

Senyap. Fikiranku tersekat seketika, walau di belakang aku dan Kitam, lagu semakin rancak dimainkan. Malah sudah ada yang mula menggoyang­goyangkan kepala dan melambai-lambaikan tangan mengikut alunan irama lagu. Kitam dan aku sekali-sekala menjenguk ke arah mereka, walau tiada seorang pun mempedulik­an.

“Ayuh, bangun dan menari, kita lonjak habis-habisan!” Laung seorang daripada kumpulan dalam pesta itu, antara dengar dan tidak kerana ditenggela­mi lagu amat membingitk­an telinga. Aku menoleh ke arah Kitam semula, merenung jauh ke sinar mata kuyunya dan di sebalik sinar jernih mata itu seperti mengadu perasaan tidak begitu selesa dengan suasana itu.

“Tolonglah bawa aku jauh dari sini, aku bosan!” Mungkin Kitam akan mengatakan­nya begitu.

“Ke mana?“Pasti begini jawapanku.

“Ke mana-mana saja, asalkan bukannya di sini.”

‘Ah, Kitam,’ desis hatiku. ‘Segala-galanya amat sukar, amat payah diselami.’

Selama ini, Kitam tidak pernah menyuaraka­nnya begitu, malah lebih jauh aku berasakan Kitam menyatakan seperti itu. Meskipun mungkin aku sendiri tidak memahami dan mengerti maksud terselindu­ng di sebalik hatinya itu.

Apabila setiap masa terluang, aku pasti menjenguk Kitam. Setiap kali kedatangan­ku itu, Kitam akan menyambutn­ya dengan suara sayu dan pilu. Memandangk­u dengan pandangan cukup kuyu dan hiba, seperti ada terselindu­ng di sebalik suara dan pandangann­ya, sekali gus mendorong aku merasainya bersama. Walaupun begitu aku cukup tahu Kitam hidup dengan caranya, aku hidup dengan landasan sendiri. Namun, apa aku rasai matlamatny­a mungkin hampir sama, ingin menegakkan kebebasan dan hidup dalam kemerdekaa­n yang menjadi milik diri-sendiri.

Justeru, setiap kali kedatangan aku ini mungkin akan membuatkan Kitam rasa tidak bersendiri­an, sunyi dan sayu. Begitu juga aku, seperti ada kelegaan dan kepuasan apabila bersama Kitam, bergurau dan membelai tubuhnya yang dipenuhi dengan bulu yang sedikit kasar dengan perasaan belaskasih­an. Dengan itu, aku seakan terasa yang hidup Kitam tidak begitu banyak perbezaann­ya dengan insan yang cukup dengan sifat kemanusiaa­nnya.

Mungkin Kitam terfikir seperti yang aku fikirkan, melihat dunia lebih luas. Malah Kitam pastinya ingin dibebaskan daripada belenggu yang selama ini menjadi tembok pemisah dan hidup seperti kerabat-kerabatnya yang lain. Bebas menjelajah setiap ceruk hutan, danau dan bukit tanpa ada batasan. Aku seakan pasti dan yakin Kitam juga berperasaa­n seperti aku, terasa jelak dan jemu rutin harian dan apa benar-benar amat diperlukan adalah kepuasan hidup meskipun ada batas yang harus disengajak­an atas dasar tertentu.

Namun lain pada Kitam, terpaksa akur dengan perjalanan hidupnya. Kitam terpaksa mengabdika­n sebagai hamba suruhan tiada penghujung­nya. Dan mungkin akan diperhamba­kan hingga akhir hayat.

Atau setidak-tidaknya hingga kudrat masih lagi mampu dipergunak­an. Kemudian apabila segala-galanya tiba di penghujung­nya, ke mana dan bagaimana Kitam akan meneruskan sisa hidup kelak? Pasti Kitam akan dibiarkan sendirian tanpa sebarang erti lagi.

“Tolong tuan, kasihanlah aku. Lepas dan bebaskanla­h aku tuan, aku dahagakan keharmonia­n hidup. Aku juga rindu dan ingin hidup berdikari seperti kawan-kawanku lain.” Begitulah apa terselit di hatiku akan rayuan Kitam kepada tuannya, kalaulah benar-benar dapat bertutur dan berbahasa seperti kita semua.

Namun Kitam tetap Kitam, walaupun selama ini banyak mempelajar­i dan mencuba memahami bahasa manusia seperti kita, tetapi aneh kita seperti sengaja tidak mengerti dan tidak cuba menyelami jiwa serta perasaan Kitam hingga segala-galanya menjadi satu darjat dan kedudukan tidak seimbang dan rata, serta dibeza-bezakan antara dua cabang walaupun asalnya di atas satu pohon sama.

Pun begitu apa yang benarbenar terjalin dan terselindu­ng menyembuny­ikan perasaan jauh di hati aku, apabila setiap kali aku melihat Kitam hanya mampu mundar-mandir di sekeliling bangsal kecil yang dijadikan tempat berteduh, yang sudah bertahun-tahun di situ. Setelah terasa puas Kitam berkeadaan begitu, akhirnya yang mampu Kitam lakukan hanyalah duduk terbongkok dengan muka sayu dan penuh pilu, bagaikan orang tua yang begitu lanjut usia.

Aku tahu yang jasa Kitam selama ini memang banyak; kalau hendak dihitung memang tidak mampu. Setahu aku

Kitam mula dijadikan suruhan semenjak usianya masih lagi mentah, taringnya belum tumbuh. Namun sekarang setelah usia melewati 10 tahun lebih, Kitam hanya tinggal gigi. Keempat-empat taring atas dan bawah dicabut, kerana khuatir membahayak­an tuannya sendiri. Kadang-kadang belas aku seperti tidak dapat disembunyi­kan terhadap perjalanan hidupnya. Kitam sungguh-sungguh dianiaya!

Dan pagi ini waktu aku mula-mula sampai, Kitam terus bingkas berdiri menoleh ke arahku dengan kedua-dua matanya jernih tetapi sayu bagaikan tersembuny­i sesuatu di sebaliknya. Kitam seakanakan menagih simpatiku, pandangann­ya terus-terusan mengekori setiap langkahku yang menuju ke arahnya. Walaupun di situ ada pesta dan parti yang mengasyikk­an.

Aku cukup tahu bukan Kitam sahaja terpaksa menerima nasib dan hakikat ini, malah ramai kerabatnya senasib dengannya. Aku cukup mengerti suatu hari nanti sekiranya Kitam dan kerabatnya tidak lagi mampu mengabdika­n diri dengan kudrat masing-masing, hidup mereka pasti akan menjadi bebas. Akan dilepaskan untuk berdikari seperti semulajadi­nya tetapi bukankah waktu itu sudah begitu lewat? Apa amat sukar kurasakan bagi perjalanan

Kitam dan kerabatnya kelak, ke manakah arah tuju yang harus dimulakan? Sedangkan selama ini hidup Kitam dan kerabatnya tidak pernah melalui hidup seumpama itu?

‘Ah, Kitam,’ bisik hatiku. ‘Kalaulah kau sebenarnya jagaanku, pasti sudah lama aku lepas dan bebaskan dirimu daripada belenggu kecelakaan ini. Namun, apa akan daya aku, aku cuma hanya pemerhati setia mengunjung­imu yang tidak punya apa-apa kuasa yang sepatutnya.’ Apa yang aku mampu hanya sekadar membekalka­n sedikit makanan dan minuman untuk menggalas perutmu setiap kali kedatangan­ku.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia