Berita Harian

Syor wajib ibu bapa angkat ikuti kursus keibubapaa­n

Prasyarat LPPKN kepada suami isteri pastikan lebih bertanggun­gjawab

- Oleh Hidayah Mohamad hid_mohd@bh.com.my

Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) bercadang mewajibkan semua pasangan suami isteri yang belum dikurniaka­n zuriat, tetapi berhasrat mengambil anak angkat menjalani kursus khas keibubapaa­n.

Ketua Pengarahny­a, Abdul Shukur Abdullah, berkata kursus itu sebagai syarat wajib yang perlu dipenuhi pasangan suami isteri sebagai persediaan mental, fizikal dan psikologi mereka.

Beliau berkata, LPPKN mahu pasangan yang ingin mengambil anak angkat diperlengk­apkan dengan ilmu keibubapaa­n supaya pasangan dan keluarga bersedia untuk menerima ahli baharu di dalam keluarga mereka.

“Kursus berkenaan diharap akan dapat membimbing pasangan suami isteri sebagai persediaan mental, fizikal dan psikologi sebelum bergelar ibu dan bapa.

“LPPKN merancang untuk mengusulka­n cadangan itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengadakan perbincang­an mengenainy­a supaya dapat dimasukkan di dalam Akta Pengangkat­an,” katanya kepada BH.

LPPKN juga mahu kursus keibubapaa­n itu sebagai pelengkap sebelum mana-mana pasangan suami isteri dibenarkan mengambil anak angkat menerusi Akta Pengangkat­an dilaksanak­an.

Abdul Shukur berkata, ada pasangan yang sudah lebih 10 tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniaka­n zuriat.

Sediakan sesi kaunseling

Katanya, LPPKN tiada sebarang paksaan kepada pasangan mengimpika­n zuriat mengambil anak angkat sebaliknya, menyediaka­n sesi kaunseling kepada mereka supaya bersedia dan membuat keputusan tepat.

“Kita tidak mencadangk­an pasangan mengambil anak angkat melainkan mengikut kehendak mereka. Cuma sesi kaunseling akan diberikan sebagai persediaan emosi dan psikologi.

“Kita tiada perangkaan jumlah pasangan yang sudah mengambil anak angkat selepas melakukan rawatan kesuburan di LPPKN kerana itu bukan dasar kami untuk membantu pasangan mendapatka­n anak melalui anak angkat” katanya.

Bagaimanap­un, Abdul Shukur berkata, bagi membantu pasangan memiliki cahaya mata, agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediaka­n perkhidmat­an rawatan kesuburan seperti kaedah persenyawa­an luar rahim, iaitu In vitro fertilizat­ion (IVF) dan semaian benih di dalam rahim, Intrauteri­ne Inseminati­on (IUI).

Didik ibu bapa bersedia

Ada pasangan suami isteri yang mahu mengambil anak angkat tiada ilmu dan kemahiran menjaga bayi baharu dilahirkan.

Justeru, pihaknya mahu pasangan betul-betul berkemahir­an dan bersedia dalam pelbagai sudut dan menerusi kursus berkenaan ia menjadi penanda aras bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Kita tidak mahu wujud kecuaian ibu bapa yang sering berlaku seperti kes kematian akibat tersedak susu, keselamata­n anak ditinggalk­an di dalam kereta dan sebagainya,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ibu bapa yang mahu mengambil anak angkat perlu melengkapk­an diri dengan ilmu keibubapaa­n.
[FOTO HIASAN] Ibu bapa yang mahu mengambil anak angkat perlu melengkapk­an diri dengan ilmu keibubapaa­n.
 ??  ?? Abdul Shukur Abdullah
Abdul Shukur Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia