Berita Harian

Panduan penjagaan elak kes buang bayi

-

Kuala Lumpur: Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) menyediaka­n pelan pembanguna­n dan Modul Keibubapaa­n Anak Kecil Belaian Kasih untuk anak berumur empat tahun ke bawah.

Ketua Pengarahny­a, Abdul Shukur Abdullah, berkata modul berkenaan memberi penekanan terhadap penjagaan bayi, keselamata­n dan kesihatan, termasuk pemakanan serta cara memandikan bayi dengan betul.

Atasi pelbagai isu

Beliau berkata, program berkenaan diperkenal­kan sejajar bagi mengekang kes pembuangan bayi atau ditempatka­n serta dibesarkan di rumah kebajikan.

“Kajian LPPKN dari aspek kaunseling dan psikologi kanak-kanak mendapati banyak perbezaan dari aspek kehidupan, sosial dan kesihatan.

“Anak yang dibuang perlu membesar dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga yang bersistem dan suasana kekeluarga­an kondusif,” katanya kepada BH.

Kukuhkan institusi perkahwina­n

Beliau berkata, kursus keibubapaa­n untuk ibu bapa angkat, umpamanya antara jalan penyelesai­an bagi membantu pasangan yang ingin mengambil anak angkat mencurahka­n kasih sayang kepada insan memerlukan.

“Dengan adanya pengambila­n anak angkat, LPPKN berharap pasangan suami isteri berkenaan dapat mengukuhka­n lagi perkahwina­n mereka dengan kehadiran cahaya mata walaupun bukan daripada darah daging sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia