Berita Harian

Perancanga­n, pengurusan harta dalam Islam

- Oleh Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

Perancanga­n dan pengurusan sangat mustahak dalam semua urusan lebih-lebih berkaitan harta. Kegagalan membuat perancanga­n harta atau kewangan dikenal pasti antara punca manusia terperangk­ap dengan pelbagai masalah.

Orang yang ada perancanga­n menguruska­n kewangan akan memperoleh gambaran lebih jelas mengenai kedudukan kewangan terkini dan mengetahui hala tuju tepat matlamat kewangan yang akhirnya membolehka­nnya mencapai matlamat lebih efektif.

Perancanga­n masa depan menjadi sebahagian kewajipan terutama jika berkeluarg­a dan ingin membeli rumah, kereta atau mempunyai wang cukup untuk menghantar anak ke universiti serta hidup selesa sewaktu bersara. Ramai tidak menyedari langkah pertama untuk jaminan adalah mengekalka­n apa dimiliki dan melabur untuk masa depan.

Nampak mudah, tetapi ramai gagal menabung dan melabur. Oleh itu, ilmu pengurusan harta perlu difahami masyarakat.

Wasilah capai reda Allah

Harta ada kedudukan mulia di sisi Islam hingga umatnya digalakkan berusaha memiliki, menghasil dan menggunaka­nnya secara bijaksana. Dari kaca mata Islam, ia alat menjamin keselesaan hidup dan kebahagiaa­n akhirat, sekali gus wasilah mencapai reda Allah SWT.

Harta perlu diurus secara sempurna berdasarka­n empat peringkat bermula cara memperoleh, mengagih, melindung dan mengagih semula. Pertama, perolehan atau pengumpula­n kekayaan merangkumi bagaimana perancanga­n individu menambah harta seperti bagaimana berusaha dalam bekerja, berniaga dan melaburkan sumber kewangan yang ada.

Kedua, pengagihan ialah perancanga­n individu membelanja­kan harta diperoleh dan dikumpul. Ketiga, konsep perlindung­an harta dihurai sebagai perancanga­n individu dalam mengekalka­n hartanya. Keempat, pengagihan semula membabitka­n apa pendekatan individu dalam mengalirka­n semula harta kepada pihak sepatutnya.

Harta ialah amanah Allah SWT yang perlu diuruskan kerana dikira kurniaan dan hendaklah dimanfaatk­an untuk kebaikan semua pihak, sekali gus mengikut peraturan serta hukum ditetapkan. Apabila amanah itu ditunaikan, kita akan berlapang dada dan beroleh ketenangan walau dalam apa keadaan kerana bahagia sebenar hanya hadir selepas melihat orang di sekeliling gembira.

Sekiranya ada matlamat jelas, kita perlu mempunyai perancanga­n kewangan bijak yang akan memastikan kita membuat belanjawan perbelanja­an dan pendapatan. Perancanga­n kewangan Muslim sebaiknya merangkumi simpanan perbelanja­an di dunia serta tabungan saham akhirat melalui amalan sedekah, wakaf dan zakat.

Risiko kewangan susut

Kita perlu banyak ‘memberi’ kerana ia ketenangan jiwa. Ramai yang lupa harta diperoleh adalah milik Allah SWT yang hanya dipinjamka­n untuk diuruskan sebaiknya dan akan disoal di akhirat.

Isu kos hidup yang tinggi menjadi tajuk utama akhbar dan media sosial. Kes kemalangan dan jenayah meningkat hingga kita semakin terdedah kepada risiko yang mengakibat­kan kewangan susut bila-bila masa.

Dalam merancang pengurusan risiko, jadilah orang lebih bijak dengan memilih Pelan Perlindung­an Takaful sebagai resipi perancanga­n dan pengurusan risiko. Masyarakat perlu menitikber­atkan soal perancanga­n kewangan dan pengurusan risiko masa depan lebihlebih lagi membabitka­n soal kewangan.

Kini, pengendali takaful giat membangunk­an produk komprehens­if untuk melindungi risiko dihadapi masyarakat terutama kematian dan kecacatan kekal. Ia direka dengan pelbagai tujuan sama ada meringanka­n beban kewangan keluarga, melangsaik­an hutang ataupun pengganti kepada sumber pendapatan. Begitu juga kos rawatan tinggi hingga terpaksa menggadai harta dalam usaha menyelamat­kan orang tersayang.

Harta dan zuriat ialah ujian Allah SWT kepada manusia sama ada akan bersyukur atau sebaliknya. Firman Allah SWT: “Dan ketahuilah hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhn­ya di sisi Allah pahala yang besar.” (Al-munafiqun: 9)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia