Berita Harian

Manuskrip tertua Jawi cecah usia 429 tahun

‘Aqa’id Al-nasafi kitab fokus akidah, berupaya jadi dasar falsafah sains

- Oleh Nur Sabrina Suhaimi bhnews@bh.com.my

Tanah Melayu pernah menjadi pusat penyebaran Islam dengan penggunaan tulisan Jawi yang sangat meluas sekali gus menjadikan­nya sebagai tulisan rasmi pada ketika itu.

Namun, tidak ramai tahu ulang tahun manuskrip tertua Jawi iaitu ‘Aqa’id Al-nasafi hasil tulisan Abu Hafs ‘Umar Najm al-din al-nasafi sering kali diraikan pada tarikh 9 Februari bersamaan tarikh kelahiran manuskrip itu pada 9 Februari 1590M iaitu sekitar 998 Hijrah.

Menyelusur­i sejarah manuskrip yang berusia 429 tahun itu, naskhah berkenaan dibeli Profesor Diraja Ungku Aziz, di Britain sebelum ditunjukka­n kepada sepupu beliau iaitu Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-attas.

Manuskrip terbabit masih lengkap ketika ia dibeli selain turut mengandung­i maklumat penting seperti nama pemilik asalnya iaitu, Andreas Mullerus atau dikenali sebagai Muller berasal dari Jerman.

Pada majlis Wacana Jawi ketiga sempena sambutan ulang tahun manuskrip itu di Akademi Jawi Malaysia, panel jemputan yang juga pengkaji bebas, Syed Muhiyuddin Al-attas, berkata Muller adalah sejarawan orientalis tersohor yang pakar dalam sejarah Jerman, China dan Asia.

Guna kemahiran sejarah

“Dalam konteks kajian serantau, Al-attas menggunaka­n kemahiran dalam sejarah peradaban Melayu mengenai kurun ke-16 iaitu ketika zaman kejatuhan Melaka selepas ditawan Portugis.

“Secara ringkas manuskrip itu menceritak­an mengenai iktikad iaitu pegangan orang Islam dalam pandangan hidup.

“Pembaca akan dapati penyataan mengenai ilmu, alam, Allah SWT sebagai Pencipta, ikhtiar, iman, kelebihan insan dan sebagainya.

“Namun, teks yang ringkas dan padat sangat sukar difahami jika tiada perbincang­an mengenainy­a,” katanya.

Tambah Syed Muhiyuddin, naskhah ini selalunya dihafal penuntut ilmu agama dan dikembangk­an sepanjang pembelajar­an di madrasah dengan bimbingan guru.

Kitab ‘Aqa’id Al-nasafi berbeza dengan kitab akidah lain kerana ia adalah kitab tunggal yang menerangka­n mengenai ilmu dan salurannya. Walaupun kitab itu memfokuska­n kepada akidah, namun ia berupaya menjadi dasar falsafah sains.

Penterjema­h tak diketahui

“Hakikatnya, penulis yang menterjema­hkan kitab itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu melalui tulisan Jawi, masih tidak diketahui.

“Hal ini mungkin berkaitan dengan sikap tawaduk golongan ilmuwan pada zaman terbabit menyebabka­n mereka tidak mahu dikenali,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Syed Muhiyuddin (kiri) dan panel jemputan, Raja Ahmad Mukhlis, berbincang mengenai ‘Aqa’id Al-nasafi pada majlis Wacana Jawi ketiga sempena sambutan ulang tahun manuskrip itu di Bangi.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Syed Muhiyuddin (kiri) dan panel jemputan, Raja Ahmad Mukhlis, berbincang mengenai ‘Aqa’id Al-nasafi pada majlis Wacana Jawi ketiga sempena sambutan ulang tahun manuskrip itu di Bangi.
 ??  ?? Manuskrip asal ‘Aqa’id Al-nasafi.
Manuskrip asal ‘Aqa’id Al-nasafi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia