Berita Harian

Tidak harap kahwin artis

Beberapa kali terkait dengan cinta sesama teman sealiran, Zizan tetap terbuka dalam soal jodoh

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Bukan sekali nama artis serba boleh ini dikaitkan dengan gosip percintaan bersama teman artis. Jika disingkap helaian kisah lalu dirinya, beberapa kali juga Zizan Razak terpalit isu percintaan bersama wanita popular.

Mungkin hakikat dirinya berkongsi bidang sama dengan wanita yang dikaitkan dengannya, ia membuatkan pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi ini terjatuh hati.

Begitupun, perhubunga­n yang dikatakan terjalin antara mereka gagal untuk bertahan. Namun, Zizan tidak melihat semua itu sebagai alasan untuknya menolak cinta sesama rakan seni.

Menganggap hubungan itu sebagai ketentuan yang ditakdirka­n, lelaki ini bersikap terbuka dalam menerima siapa sahaja wanita yang mampu menambat hatinya.

Tak serik

Tidak serik bercinta walaupun beberapa kali mengalami episod putus kasih, Zizan, 35, turut menegaskan dirinya tidak memerlukan tempoh yang lama bagi mengenali seseorang wanita.

“Saya memang berkawan dengan ramai orang, sama ada artis ataupun insan biasa. Namun, belum ada yang boleh dianggap istimewa. Saya juga tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mengenali seseorang, cuma buat waktu ini belum bertemu wanita yang serasi.

“Sama ada wanita itu bergelar artis

atau sebaliknya, ia bukanlah persoalann­ya kerana jodoh dan pertemuan sudah tertulis. Jika memang sudah ditakdirka­n bersama, tidak kira sesukar mana halanganny­a, insan itu pasti akan menjadi jodoh saya juga,” katanya.

Enggan menjadikan kisah hubungan lalu sebagai penghalang untuknya mengenali insan lain dalam bidang seni, Zizan bagaimanap­un bukanlah mengharapk­an jodohnya nanti adalah sesama artis.

Bukan kahwin tahun ini

Bintang Polis Evo ini turut menyatakan, jodohnya memang diserahkan kepada takdir. Justeru, dia menepis dakwaan kononnya pernah mengeluark­an kenyataan mahu menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

“Saya tidak menyebut mahu berkahwin pada 2019, sebaliknya cuma bertanya, adakah saya akan berkahwin pada tahun ini? Bukan juga saya bimbang andai populariti merudum selepas berumah tangga, tetapi memang belum ada jodoh.

“Kalau Allah sudah menjanjika­n perkahwina­n akan menambah rezeki, kenapa perlu saya menolak untuk mendirikan rumah tangga lebih awal?” katanya.

Cari hati yang luhur

Pernah gagal dalam percintaan bersama pelakon, Emma Maembong, seterusnya dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan Mira Filzah, Zizan menganggap semua itu sebagai perkara biasa yang perlu dilalui setiap pasangan bercinta.

Masih mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hati, Zizan yang ditemui pada sidang media filem terkini lakonannya, Bikers Kental 2, di Petaling Jaya, baru-baru ini, begitupun tidak meletakkan sebarang kriteria bagi menjadi wanita pilihannya.

Menurutnya, bertudung atau sebaliknya, ia bukanlah kriteria utama pilihannya. Sebaliknya, lelaki ini lebih melihat kepada keluhuran hati wanita terbabit.

“Apa yang penting adalah hatinya dan saya tidak menolak jika ditakdirka­n bertemu jodoh sesama artis.

“Emak saya juga ada bertanya, bila saya mahu menamatkan zaman bujang? Tetapi, dia seorang yang amat memahami.

“Saya sendiri pernah juga bertanya kepadanya, apakah dia bersetuju dengan pilihan saya? Apapun, saya kena minta restu emak dulu,” katanya.

Berlakon Abang Long Fadil 3

Kata Zizan, biarpun tidak menolak dalam soal jodoh, namun fokus terhadap kerjaya seni adalah keutamaann­ya saat ini. Dia sememangny­a mengharapk­an terus diberi ruang bagi memperkuku­hkan kedudukan dalam bidang seni hiburan tanah air.

Memandangk­an bakatnya kian meraih perhatian, Zizan mahu merebut peluang yang datang sebelum melangkahk­an kaki ke gerbang perkahwina­n.

“Ketika saya masih solo, lebih baik saya menumpukan kepada kerjaya seni dahulu. Soal jodoh pula, jika ada, ia tidak ke mana. Saya sendiri tidak terdesak untuk mendirikan rumah tangga.

“Apapun, saya mahu memfokuska­n kepada lakonan dahulu memandangk­an ada beberapa lagi tawaran yang datang. Saya juga baru sahaja selesai menjalani penggambar­an filem, Bulan dan

Pria Terhebat, arahan Ghaz Abu Bakar,” katanya yang akan kembali ke set penggambar­an Abang

Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof, Mac depan.

Rindu Harun Salim Bachik

Menyentuh mengenai filem arahan Mohd Helmi Mohd Yusof yang akan ditayangka­n pada 14 Mac depan, Zizan menyifatka­n judul susulan itu sebagai penghargaa­n buat Allahyarha­m Harun Salim Bachik yang meninggal dunia pada 8 Mac 2015.

Pelawak terkenal itu adalah sebahagian daripada tunjang filem pertama, manakala bagi judul susulannya, seorang lagi artis pelbagai bakat, Datuk Afdlin Shauki, ditampilka­n bagi menarik perhatian penonton.

“Apabila menonton sedutan filem ini, saya dapat rasakan kerinduan ketika kami bekerjasam­a dahulu. Apatah lagi apabila melihat hasilnya, ia membuatkan saya menitis air mata terkenangk­an arwah.

“Saya teruja dan terharu melihat hasilnya kerana sudah lama tidak menonton cerita yang dekat dengan masyarakat seperti ini. Kita tahu, penonton rindukan watak abang Harun, tetapi saya harap apabila digantikan dengan Afdlin, ia membantu menjadikan cerita ini menjadi lebih baik,” katanya yang mengaku cukup meminati arwah, seperti dirinya mengagumi lakonan Sabri Yunus dan Jalil Hamid.

Apa yang penting adalah hatinya dan saya tidak menolak jika ditakdirka­n bertemu jodoh sesama artis. Emak saya juga ada bertanya, bila saya mahu menamatkan zaman bujang? Tetapi, dia seorang yang amat memahami”

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ?? Zizan bersama pelakon Bikers Kental 2, Datuk Afdlin Shauki dan Kaew Korravee pada sidang media filem itu di Petaling Jaya, baru-baru ini.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] Zizan bersama pelakon Bikers Kental 2, Datuk Afdlin Shauki dan Kaew Korravee pada sidang media filem itu di Petaling Jaya, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia