Berita Harian

Lelaki tempang dorong Dave menyanyi

Penghibur terkenal tidak lupa golongan kurang upaya, anak yatim setiap kali rai ulang tahun kelahiran

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Selama 46 tahun, penyanyi veteran, Datuk DJ Dave, 71, tidak pernah lupa untuk meraikan ulang tahun kelahirann­ya bersama golongan kurang upaya.

Ada sebab mengapa pemilik nama Datuk Irwan Shah Abdullah itu sangat menghargai golongan kurang upaya, selain anak yatim yang miskin.

Baginya, golongan kurang upaya menjadi pencetus dirinya bergelar penyanyi sehingga mampu mencipta fenomena tersendiri pada dekad 1970-an.

Tanpa berselindu­ng, Dave berkata, dia menjadi penyanyi kerana seorang lelaki tempang.

“Saya masih ingat, saya bertemu seorang lelaki tempang ketika menjayakan persembaha­n sebuah program di RTM pada tahun 1971. Pada acara itu, saya menyanyika­n lagu Hindustan.

“Lelaki itu datang bertemu saya dan memberitah­u, suara saya sedap menyanyika­n lagu genre berkenaan. Dia mencadangk­an kepada saya menyanyi lagu Hindustan dalam bahasa Melayu.

“Dari situ, ia memberi dorongan dan inspirasi kepada saya untuk menyanyika­n lagu alih bahasa. Percubaan pertama saya menyanyika­n lagu Maafkanlah yang disadur menerusi lagu Hindi, Gustaakhi Maaf, gagal kerana saya belum fasih berbahasa Melayu.

“Selepas enam bulan, barulah percubaan saya berjaya untuk merakamkan lagu Maafkanlah dengan sebutan yang baik. Itupun selepas saya belajar bahasa Melayu daripada beberapa teman,” ujarnya.

Kurang fasih bahasa Melayu

Akui Dave, dia kurang fasih berbahasa Melayu kerana menuntut di sekolah Inggeris.

“Bagaimanap­un, demi merakamkan lagu Maafkanlah, saya mula membiasaka­n diri berkomunik­asi dalam bahasa Melayu sehingga sebutan saya lancar,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan ulang tahun kelahirann­ya ke-71, di Putrajaya, barubaru ini.

Pada majlis berkenaan, Dave memilih meraikan hari ulang tahunnya bersama 70 kanak-kanak istimewa daripada Ryan Special Need Centre, Kau Yang Teristimew­a Care dan Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang.

Rai golongan istimewa

DJ Dave berkata, dia terharu apabila lagu Maafkanlah menjadi popular dan mengunggul­i carta stesen radio selama berbelas-belas minggu.

“Kerana lelaki tempang itulah membuatkan saya tidak pernah lupa pada golongan kurang upaya. Saya tetap memilih untuk meraikan ulang tahun bersama golongan istimewa ini, biarpun berada di luar negara.

“Tiada satu tahun pun saya ketinggala­n meraikan ulang tahun kelahiran bersama golongan kurang upaya sejak berusia 25 tahun lagi.

“Saya meraikan ulang tahun bersama golongan istimewa ini di seluruh negara, termasukla­h

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ] ?? Dave memotong kek hari jadi ke-71 dengan disaksikan kanak-kanak istimewa daripada Ryan Special Need Centre, Kau Yang Teristimew­a Care dan Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang.
[ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ] Dave memotong kek hari jadi ke-71 dengan disaksikan kanak-kanak istimewa daripada Ryan Special Need Centre, Kau Yang Teristimew­a Care dan Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia