Berita Harian

Peluang terbaik hapus badi

Liverpool hanya menang 5 kali di Old Trafford sejak 1990

-

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya skuad bimbingann­ya mempunyai peluang terbaik bagi menghapusk­an badi setiap kali berkunjung ke Old Trafford.

Skuad The Reds hanya berjaya menang sebanyak lima kali ke atas Manchester United di Old Trafford sejak 1990 dengan kali terakhir pasukan itu mencatatka­n kemenangan pada 2014.

Justeru, Klopp menyifatka­n pertembung­an dengan United malam ini adalah peluang keemasan untuk kembali meraih kemenangan di gelanggang keramat musuh tradisi mereka itu.

Pertembung­an itu juga cukup penting buat Liverpool dan jika menang ia membolehka­n mereka berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan tiga mata.

Bagaimanap­un, Klopp enggan terperangk­ap dengan bahang pertembung­an dua seteru utama itu apabila tidak meletakkan tekanan tinggi ke atas anak buahnya.

Ferguson mahu Klopp

“Jika kami melihat perlawanan ini seperti ia dilihat oleh semua orang, ia akan memberikan tekanan kepada pemain. Kamu tidak boleh mengambil pendekatan seperti itu.

“Jika kami kalah sekalipun, kami masih berkongsi mata dengan Manchester­s City (pencabar kejuaraan liga).

“Namun, perlawanan dengan United mampu mencetuska­n kebangkita­n kami musim ini. Kami bermain di tempat lawan dan biarpun kami memiliki kelebihan 20 mata di depan mereka tetapi itu bukan jaminan kami boleh mengatasi mereka.

“Ada sebab tertentu yang membuatkan mereka sentiasa mahu menewaskan kami. Jadi, ia akan menjadi perlawanan yang penting dan sukar untuk kami,” kata Klopp.

Bekas pengurus United, Alex Ferguson secara terbuka menyuaraka­n dia berminat menjadikan Klopp penggantin­ya pada musim 2014 namun ia tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanap­un, Klopp enggan mengulas panjang mengenai perkara itu tetapi menegaskan dia menghormat­i Ferguson di atas pencapaian menakjubka­n bersama United. AGENSI

 ??  ??
 ??  ?? Pertembung­an Liverpool (gambar kiri) menentang United dianggap ‘pertembung­an tetangga sebenar’.
Pertembung­an Liverpool (gambar kiri) menentang United dianggap ‘pertembung­an tetangga sebenar’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia