Berita Harian

Apa salah saya?

Sarri hairan kena hentam, dakwa prestasi lebih baik berbanding Guardiola

-

Maurizio Sarri bingung mengapa jawatannya di Chelsea berada dalam situasi genting dan membanding­kan dirinya dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola ketika mengharung­i musim pertama di Etihad.

Selepas tujuh bulan memikul tugas berkenaan, jawatan pengendali dari Itali itu dilihat mulai goyah susulan kekalahan 0-6 kepada City sekali gus menyaksika­n Chelsea terkeluar daripada kelompok empat terbaik liga.

Begitupun, berbanding musim pertama Guardiola di City pada kempen 2015/16, Chelsea kendalian Sarri memenangi lebih banyak perlawanan pada tahap yang sama ketika ini.

Deretan kejayaan yang dimiliki Guardiola di Barcelona dan Bayern Munich mungkin memberinya lebih masa untuk ‘memperbaik­i’ City yang berusaha untuk menjulang trofi Piala Liga buat kali kedua berturut- turut menentang Chelsea di Wembley, tengah malam ini.

Dianggap bencana

Sejarah membuktika­n Sarri tidak akan menerima layanan yang sama dengan Guardiola tetapi bekas pengurus Napoli itu turut memberi contoh pujian yang diperoleh pengurus Arsenal, Unai Emery pada penampilan sulung di Liga Perdana.

“Kami berada di final pertama musim ini. Kami hanya ketinggala­n satu mata berbanding kedudukan empat terbaik, mengumpul mata yang sama dengan Arsenal dan orang berkata Arsenal melakukann­ya dengan baik.

“Prestasi kami lebih baik kerana kami berada di final, dan musim kami ketika ini dianggap bencana. Saya tidak memahaminy­a.

“Saya mahu kamu mengingati­nya, pada musim lalu, pasukan ini meraih 70 mata, bukan 100. Dan pada musim panas lalu, kami mengubah segalagala­nya. Jadi ia adalah satu masalah yang perlu diselesaik­an. Ia bukannya mudah.”

Selain City, Chelsea juga menanti kunjungan Tottenham dalam kempen Liga Perdana, awal pagi Khamis ini dan Sarri memberi penjelasan dengan mudah.

“Dalam kerja saya, saya memerlukan keputusan. Tiada yang lain,” kata Sarri yang menggantik­an tempat Antonio Conte, Julai lalu selepas Chelsea menamatkan saingan liga di tangga kelima.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia