Berita Harian

Jangan perlekeh cabaran Blues: Laporte

-

London: Pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte menegaskan Chelsea tetap pasukan yang ‘hebat’ dan memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak memandang mudah cabaran mereka pada pentas akhir Piala Liga, tengah malam ini.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini dipandang sebagai pasukan pilihan terutamany­a selepas kejayaan membelasah The Blues 6-0 dua minggu lalu.

Kekalahan itu menyaksika­n masa depan Maurizio Sarri bersama pasukan itu menjadi persoalan dan tekanan ke atas pengendali The Blues itu terus meningkat selepas tersingkir daripada saingan Piala FA di tangan Manchester United.

Pengendali dari Itali itu terus dikritik susulan taktikal yang digunakan namun pertahanan tengah itu tidak melihat mereka bakal berdepan laluan mudah seperti di Stadium Etihad.

Capai objektif

“Saya rasa ramai orang tersilap. Keputusan mereka tidak begitu baik kebelakang­an ini namun mereka tetap memiliki pemain yang baik. Mereka sudah tunjukkan bahawa mereka juga tahu bermain dengan baik.

“Kami perlu fokus kepada pasukan kami, lakukan yang terbaik dan saya harapkan kami dapat lakukannya.

“Kami menganggap setiap perlawanan sebagai final. Kami mahu memenangi semua perlawanan dan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Sudah tentu aksi sengit akan ditampilka­n, sangat fizikal dan kami perlu memberikan aksi terbaik jika mahu menang.”

City kini memiliki keyakinan tinggi apabila bangkit dalam lima perlawanan selepas ketinggala­n termasukla­h ketika kemenangan 3-2 ke atas Schalke pada aksi Liga Juara Juara, pertengaha­n minggu lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia