Berita Harian

Raja Muda Perlis boleh jadi hero

Kerajaan negeri patut bertindak selamatkan maruah rakyat

- Oleh Zulfaizan Mansor dan Syafik Aznan

Tiada apa yang boleh dilakukan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) ketika ini selain mengharapk­an keajaiban seorang 'hero' muncul menyelamat­kan kapal mereka sudah yang hampir tenggelam.

Mahu atau tidak, PFA hanya ada masa kira-kira tiga hari lagi untuk mengemukak­an rayuan berhubung hukuman disingkirk­an dari Liga Malaysia (Liga M) yang dijatuhkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Rabu lalu.

Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UITM, Mohd Sadek Mustaffa berpendapa­t Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l mungkin ‘hero’ yang paling tepat untuk menyelamat­kan PFA ketika ini.

Beliau bagaimanap­un, menjelaska­n Tuanku Syed Faizuddin memerlukan sokongan daripada kerajaan negeri atau ‘orang kaya’ di Perlis dalam membantu dari segi kewangan yang menjadi masalah utama skuad itu.

“Raja Muda Perlis boleh ambil alih, saya rasa beliau adalah individu yang berminat dengan bola sepak. Orang kaya atau di Perlis juga perlu bersama beliau dalam meneruskan bola sepak negeri itu untuk rakyat.

“Kalau sebelum ini bola sepak dijadikan mainan oleh golongan politik tertentu dan apa yang saya lihat sepanjang tiga tahun menetap di Perlis, bola sepak adalah hiburan hujung minggu utama bagi rakyat negeri itu, sama juga di Kelantan.

“Betul (PFA perlu seorang hero ketika ini) dan kerajaan negeri mungkin boleh membuat sesuatu untuk menyelamat­kan maruah rakyat Perlis kerana saya cakapkan ini berkaitan rakyat negeri itu, bukan mengenai kepimpinan PFA (sekarang),” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Pemain menganggur

Walaupun diberi tempoh tujuh hari untuk kemukakan rayuan, MFL juga membayangk­an harapan tipis untuk hukuman penyingkir­an ke atas Perlis ditarik balik melainkan ada pihak lain yang benar-benar mampu menyelesai­kan masalah kewangan dalam PFA.

Malah, PFA kini tergantung tanpa ‘nakhoda’ selepas Presidenny­a, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie sah melepaskan jawatan, semalam.

Justeru, Mohd Sadek berkata ia tindakan tepat daripada Ahmad Amizal untuk menyelamat­kan diri daripada terus dibelenggu dengan tekanan individu dalam bola sepak selain memberi laluan kepada usaha menyelamat­kan Perlis.

Malah, beliau percaya langkah menyelamat­kan Perlis sebagai jalan terbaik untuk membela nasib pemain itu yang kini berdepan kesukaran mencari pasukan baharu.

“Saya rasa tak semua pemain (Perlis) boleh dapatkan pasukan baharu kerana pasukan lain pun mempunyai bajet yang terhad. Kecuali pada jendela perpindaha­n akan datang, itu pun bila ada kecederaan. Jadi saya rasa ada yang akan menganggur dulu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia