Berita Harian

Joo Ven terhutang budi dengan Misbun

-

Ipoh: Soong Joo Ven berterima kasih kepada barisan kejurulati­han perseorang­an lelaki negara yang diketuai Datuk Misbun Sidek apabila memberi ‘talian hayat’ kedua buat dirinya untuk membuktika­n kemampuan sebenar.

Selepas disebut-sebut menjadi pemain yang bakal digugurkan daripada skuad kebangsaan sebelum ini, Joo Ven memanfaatk­an peluang diberi dengan membuktika­n dirinya masih mampu menjadi pemain utama negara selepas meraih gelaran sulung Kejohanan Badminton Kebangsaan di Ipoh, Perak, semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu mengatasi rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Leong Jun Hao 21-13, 7-1 (tarik diri kerana kecederaan) pada aksi final.

“Saya bangga dengan kejayaan ini. Saya tidak fikir mengenai spekulasi akan digugurkan daripada skuad kebangsaan kerana apa yang menjadi fokus utama saya adalah buat yang terbaik setiap perlawanan.

Berlepas ke Muelheim

“Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada saya. Datuk Misbun selaku ketua jurulatih perseorang­an lelaki selain jurulatih Hendrawan dan Indra Wijaya yang turut banyak membantu saya untuk meningkatk­an prestasi.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama seluruh pasukan dalam acara perseorang­an lelaki,” kata Joo Ven ketika dihubungi BH Sukan.

Kejayaan semalam membolehka­n dia meletakkan namanya sebaris dengan pemain utama negara yang lain termasuk Datuk Lee Chong Wei yang sebelum ini meraih 10 gelaran kebangsaan secara berturut-turut sejak 2002 hingga 20011.

Joo Ven yang juga naib juara remaja Asia 2012, berkata kejayaan muncul juara kebangsaan kali ini meningkatk­an lagi tahap keyakinann­ya dalam misi memburu gelaran sulung di pentas antarabang­sa.

Pemain itu berlepas Muelheim, malam tadi bagi menyertai Terbuka Jerman yang akan bermula Selasa ini.

“Sudah pasti kejayaan ini memberikan motivasi kepada diri saya untuk cuba meraih gelaran pertama di pentas antarabang­sa. Jika boleh saya mahu tahun ini juga saya dapat menjadi juara kejohanan antarabang­sa,” katanya yang akan memulakan cabaran di Mulheim di pusingan kelayakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia