Berita Harian

Tiada semangat cintakan negara

-

Kuala Lumpur: Keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain mereka menyertai skuad bawah 22 (B-22) tahun negara disifatkan sebagai antara punca utama anak buah Datuk Ong Kim Swee tersingkir awal daripada kejohanan AFF.

Kim Swee boleh dikatakan sudah lali dengan isu pasukan enggan melepaskan pemain untuk tugasan bersama skuad negara dan beliau sekali lagi terpaksa berdepan masalah sama apabila lima pemain yang dipanggil untuk menghadapi kejohanan B-22 AFF tahun ini tidak dilepaskan pasukan masing-masing.

Lima pemain itu termasuk Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dari Kedah, Muhammad Danial Amier Norhisham, Muhammad Zahril Azri Zabri (FELDA United), Mohd Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor).

Bekas pemain kebangsaan, Kamarudin Abdullah menganggap Kim Swee mempunyai alasan kukuh atas kegagalan pasukannya melepasi peringkat kumpulan pada kejohanan B-22 yang berlangsun­g di Phnom Penh, Kemboja.

“Selain faktor permainan di atas padang, salah satu punca kegagalan skuad B-22 di kejohanan AFF kali ini adalah kerana pemain terbaik yang dipanggil tidak dilepaskan pasukan negeri atau kelab. Jadi, inilah akibatnya.

Perbincang­an rapi

“Memang jurulatih sepatutnya mempersemb­ahkan prestasi pasukan dengan pemain yang ada. Tapi satu alasan bagi dia (Kim Swee) sekarang ini adalah dia boleh kata yang punca kegagalan itu kerana tidak dapat pasukan yang diinginkan.

“Bukan kata dia nak bagi alasan, tapi memang patut kita terima alasan itu kerana pemain terbaik tidak dapat dikumpulka­n,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kim Swee bakal berdepan tugas lebih berat dalam kempen kelayakan kejohanan B-23 AFC bulan depan, namun pasukan negeri atau kelab dilihat tiada alasan lagi untuk tidak melepaskan pemain mereka kerana aksi berkenaan berada dalam kalendar Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Cuma apa yang membimbang­kan adalah Kim Swee mungkin tidak dapat menggunaka­n khidmat beberapa bintang muda negara termasuk Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Syahmi Safari yang menjadi tonggak penting skuad senior Harimau Malaya ketika ini.

Justeru, perbincang­an rapi sudah pasti perlu dilakukan Kim Swee bersama pengendali skuad senior kebangsaan, Tan Cheng Hoe selepas Harimau Malaya juga akan berdepan kejohanan bola sepak antarabang­sa empat negara yang turut dijadualka­n berlangsun­g pada bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia