Berita Harian

Yusri kecewa aksi hambar pemain import pilihan KLFA

-

Kuala Lumpur: Tiga kekalahan berturut-turut yang dilakar Kuala Lumpur seharusnya dijadikan pengajaran dan membuka mata pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Tanpa berselindu­ng, jurulatih skuad The Hawks, Yusri Che Lah mengakui kedudukan pasukan terbabit sudah tentu akan berubah sekiranya dia diberi kuasa penuh bagi menentukan kemasukan pemain import untuk beraksi bersama pasukan terbabit.

“Satu perasaan yang cukup kecewa dan walaupun saya menerima kekalahan ini, saya inginkan sokongan daripada pengurusan. Biar mereka lihat sendiri apa yang mereka lakukan terutamany­a dalam pengambila­n pemain import.

“Saya tidak salahkan pemain import cuma jika jurulatih yang memilih pemain import, sudah tentu ia akan berlainan daripada apa yang dipilih pengurusan. Hanya Luke Woodland sahaja pemain import pilihan saya.

Guilherme cedera

“Saya tidak takut menyatakan kebenaran walaupun ia akan mengakibat­kan kedudukan saya terjejas. Ini adalah kebenaran namun saya doakan pemain import saya dapat menunjukka­n aksi lebih baik selepas ini,” katanya.

Pada aksi di Stadium Bolasepak KLFA malam kelmarin, tuan rumah terus kempunan mencari kemenangan sulung musim ini selepas tewas tipis 0-1 di tangan naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC).

Mengulas lanjut aksi terbabit, Yusri mengakui kehilangan Guilherme de Paula yang mengalami kecederaan menyebabka­n mereka goyah apabila bertemu TFC yang dapat menurunkan semua lima pemain import mereka.

“Masalah besarnya adalah apabila saya tidak dapat menggunaka­n kelima- lima pemain import namun walaupun hanya dengan empat pemain import, saya nampak strategi yang cuba digunakan boleh berhasil.

“Cuma agak malang apabila kita hanya ada empat pemain import tetapi TFC dapat menggunaka­n semua pemain import mereka. Jika mereka berada dalam situasi seperti kami, sudah tentu mereka juga sukar untuk bersaing.

“Apapun, saya nampak ada peningkata­n yang ditunjukka­n namun hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia