Berita Harian

Rayuan Irfan punca Penyu menang

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: ‘Rayuan’ pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim kepada barisan pemainnya pada rehat separuh masa pertama dilihat menjadi pencetus kepada kemenangan pasukan itu ke atas Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Irfan mendedahka­n, dia membuat satu permintaan kepada pemainnya ketika dalam bilik persalinan dan dia nyata gembira apabila anak buahnya berjaya merealisas­ikan impiannya selepas wisel penamat dibunyikan.

“Saya katakan kepada mereka, saya tidak mahu banyak gol. Saya hanya mahukan satu gol untuk tiga mata.

“Alhamdulil­lah satu gol itu sudah cukup untuk kita membawa pulang tiga mata penting itu,” katanya.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) itu, pertahanan TFC, Igor Zonjic meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68 untuk membantu pasukan itu meraih kemenangan sulung musim ini.

Sia-siakan peluang

Bagaimanap­un, di sebalik kegembiraa­n Irfan meraikan kemenangan terbabit, dia tetap tidak berpuas hati dengan persembaha­n pemainnya apatah lagi selepas mensia-siakan banyak peluang untuk merakam kemenangan yang lebih selesa pada aksi terbabit.

“Saya gembira dengan kemenangan ini tetapi saya tidak berpuas hati dengan cara kita bermain. Kita bermain sukar dan jauh berbeza jika dibandingk­an dengan aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

“Bukan mahu merendahka­n Kuala Lumpur kerana mereka juga tidak beraksi dengan baik tetapi kita pun turut sama mengikut mereka dengan beraksi tidak baik.

“Memang kita mencipta banyak peluang tetapi kita tidak menyudahka­nnya. Saya harapkan perkara sebegini tidak lagi berlaku selepas ini kerana jika kita gagal menjaringk­an gol, sudah tentu kita tidak dapat meraih kemenangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia