Berita Harian

Rufino masih ada nafsu

Penyerang Selangor janji gegar Darul Makmur malam ini

- Oleh Syafiq Aznan

Meskipun penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia seakan sudah hilang ‘bisanya’ musim ini, penggempur prolifik Selangor itu tetap ‘bernafsu besar’ untuk memburu gol dalam setiap perlawanan yang diharungi.

Sekadar meledak satu gol dalam tiga perlawanan setakat ini, penyerang kelahiran Sepanyol itu bagaimanap­un dilihat bersedia untuk menambah lagi koleksi jaringanny­a musim ini dengan menjadikan Pahang sebagai ‘mangsa kedua’ selepas PJ City FC.

Mengakui permulaan perlahanny­a bagi musim ini selepas hanya mampu meledak gol menerusi sepakan penalti, penyerang berusia 33 tahun itu menyifatka­n situasi kini berubah jika hendak dibandingk­an dengan musim lalu.

“Kehidupan manusia sentiasa berubah dan selepas setahun, pelbagai perkara menjadi berbeza. Kehidupan kita sentiasa bertukar pada setiap masa.

Tiada siapa sempurna

“Mungkin ketika ini saya hanya dapat menjaringk­an satu gol dalam tiga perlawanan namun tiada siapa yang tahu mungkin saya dapat meledak empat gol pada aksi bertemu Pahang nanti.

“Bagi saya, apa yang lebih penting adalah kita sentiasa percaya kepada kemampuan diri kita sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut persediaan pasukan bertemu skuad Tok

Gajah itu, bekas penyerang Atletico

Madrid itu menggesa rakan sepasukann­ya supaya bangkit dan memperagak­an persembaha­n lebih meyakinkan.

“Sudah tentu kami sedih selepas gagal meraih kemenangan namun tiada siapa yang sempurna. Kami bekerja keras dan perlu menunjukka­n peningkata­n.

“Kami kekal positif dan sentiasa mengekalka­n semangat berpasukan. Kami perlu memberikan yang terbaik bukan hanya ketika bertemu Pahang malah pasukan lain juga,” katanya.

Setakat tiga perlawanan, anak buah B Sathianath­an itu terus kempunan untuk meraih kemenangan selepas terikat dengan dua pendatang baharu, FELDA United dan PJ City FC sebelum dibelasah PKNS FC 4-0, minggu

lalu.

 ??  ?? Rufino Segovia, Pemain Selangor
Rufino Segovia, Pemain Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia