Berita Harian

Dollah mahu Pahang lepas geram

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Selepas kecewa gagal membawa pulang tiga mata dari Melaka, pengendali Pahang, Dollah Salleh menuntut anak buahnya menebusnya ketika melayan kunjungan Selangor, malam ini.

“Setakat ini, semuanya berada pada prestasi terbaik terutama komitmen daripada semua pemain untuk kembali meraih kemenangan selepas seri dengan Melaka United (MU) minggu lalu.

“Saya harap perlawanan di laman sendiri memberi kelebihan buat skuad Pahang untuk kembali mengukuhka­n kedudukan terutama mengutip tiga mata.

“Kekecewaan seri dengan MU sudah dilupakan dan misi utama adalah untuk bangkit mencatat kemenangan ke atas Red Giants,” katanya.

Dollah turut mengesahka­n hanya perancang tengah, Nor Azam Azih yang tidak dapat beraksi kerana digantung satu perlawanan selepas dilayangka­n kad merah pada pertemuan dengan MU.

Tambah derita

Katanya, ketiadaan bekas pemain skuad bawah 23 (B-23) tahun negara itu tidak menjejaska­n persiapan Pahang untuk menyekat skuad B Sathianath­an daripada meraih mata di Kuantan.

“Saya juga gembira kerana tiada kecederaan yang dialami pemain kerana kita mahu menamatkan perlawanan dengan kutipan tiga mata.

“Justeru, jentera serangan diharap lebih berbisa untuk merobek gawang lawan di samping kubu diperkasak­an,” katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme dan Jose Eduardo dari Brazil menjadi sandaran utama skuad Tok Gajah merobek gawang Red Giants.

Prestasi tidak konsisten yang dipersemba­hkan Selangor dalam tiga perlawanan lalu dijangka memberi kelebihan buat Pahang, sekali gus menambah derita lawannya itu.

 ??  ?? Dollah Salleh
Dollah Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia