Berita Harian

‘Jalan raya lebih utama’

Cadangan LRT di Sabah belum dibincang lebih lanjut

- Oleh Suzianah Jiffar

Kementeria­n Kerja Raya memberi keutamaan kepada pembaikan jalan raya sebelum membincang­kan lebih lanjut cadangan mewujudkan perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar utama di Sabah.

Timbalan Menteri, Anuar Tahir, berkata keutamaan juga diberikan kepada beberapa ‘projek sakit’ selain sekolah daif di negeri ini.

“Belum ada perbincang­an yang jelas (berkaitan LRT) dan dalam soal ini ia membabitka­n kos yang besar, tetapi kita tidak boleh tutup (perbincang­an). Perbincang­an akan mengambil tempat selepas keutamaan kepada kerja pembaikan jalan raya dilaksanak­an terlebih dahulu.

“Saya percaya dalam konteks keperluan di Sabah, keutamaan adalah jalan raya sebagai penghubung, jalan persekutua­n dan negeri. Secara dasarnya saya tidak mahu ada satu negeri yang ketinggala­n dalam arus kemodenan sistem pengangkut­an di negara ini.

Bina guna IBS

“Selain itu, ada beberapa ‘projek sakit’ di bawah pemerhatia­n kementeria­n ketika ini manakala hampir semua sekolah daif sudah kita bina menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Temu Rapat Amanah Sabah di Pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah di sini, semalam.

Pada tahun 2017, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Dr Roland Chia (kini bekas ADUN), mencadangk­an agar bandar besar seperti Kota Kinabalu memerlukan perkhidmat­an LRT.

Roland berkata ia bagi menyelesai­kan masalah kesesakan trafik di bandar raya berkenaan.

Mengenai projek Lebuhraya Pan Borneo, Anuar berkata projek itu berjalan lancar dan ini adalah keutamaan kerajaan baharu selain kementeria­n.

Terdahulu dalam ucapannya, Anuar yang juga Setiausaha Agung AMANAH, berkata setakat ini parti itu mempunyai seramai 117,944 ahli di seluruh negara.

“Sebagai sebuah parti politik yang baharu, kami mahu menjadi sebuah parti politik yang mengamalka­n politik baharu iaitu memastikan negara terus aman makmur, bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran,” katanya.

Saya percaya dalam konteks keperluan di Sabah, keutamaan adalah jalan raya sebagai penghubung, jalan persekutua­n dan negeri. Secara dasarnya saya tidak mahu ada satu negeri yang ketinggala­n dalam arus kemodenan sistem pengangkut­an di negara ini” Anuar Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN /BH] ?? Anuar berucap pada Majlis Temu Rapat AMANAH Sabah di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN /BH] Anuar berucap pada Majlis Temu Rapat AMANAH Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia