Berita Harian

Beri imunisasi semua kanak-kanak

-

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanak­an pemberian imunisasi kepada semua bayi dan kanakkanak di negeri ini tanpa mengira warga negara.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong, berkata ia termasuk menetapkan tarikh pelaksanaa­n program pemberian imunisasi berkenaan, dalam usaha membendung wabak demam campak di Filipina daripada menular ke negeri ini.

“Oleh itu, saya akan bincang segera dengan Kementeria­n Kesihatan dalam masa terdekat ini kerana tarikh untuk melaksanak­an program ini (imunisasi) belum ada lagi,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai bila pemberian imunisasi akan dilaksanak­an kepada semua bayi dan kanakkanak termasuk yang tiada kerakyatan susulan wabak demam campak di Filipina makin teruk apabila membunuh 189 mangsa manakala lebih 11,000 disahkan dijangkiti virus berjangkit itu.

Tak pernah ambil vaksin

Menurut Jabatan Kesihatan Negara itu, sebahagian besar kematian membabitka­n mangsa yang tidak pernah mengambil vaksin demam campak.

Susulan wabak itu, Jabatan Kesihatan Sabah akan melakukan aktiviti imunisasi tambahan kepada komuniti.

Sebelum ini dilaporkan sehingga 9 Februari lalu, Sabah mencatatka­n tiga kes demam campak membabitka­n kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan imunisasi berumur setahun hingga enam tahun dengan dua daripadany­a adalah warga asing.

Sepanjang tahun lalu, Sabah merekodkan 73 kes demam campak dengan satu kematian, iaitu hanya 15 peratus daripada mereka disuntik dengan kes paling banyak dilaporkan ialah di Kudat iaitu 30, diikuti Semporna (21) manakala Kota Kinabalu dan Tawau, masing-masing empat kes.

Mengulas lanjut, Wong berkata, kerajaan tiada masalah untuk melaksanak­an pemberian imunisasi berkenaan kepada semua bayi dan kanak-kanak tanpa mengira warga negara mereka.

 ??  ?? Stephen Wong
Stephen Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia