Berita Harian

Usah paranoid terima kritikan: MTUC

-

Kuching: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Wilayah Sarawak menasihatk­an Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) agar tidak paranoid ketika berdepan kritikan kerana parti itu mempunyai kerusi paling besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Antara kritikan dilemparka­n MTUC Sarawak adalah hal berkaitan 10 daripada 17 daerah paling miskin ada di Sarawak walaupun negeri ini menyumbang Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketiga tertinggi di negara ini, termasuk 86 peratus rakyat tempatan meraih pendapatan kurang RM5,000.

Kritikan lain adalah hutang isi rumah rakyat Sarawak kini 146 peratus lebih tinggi atau setiap satu Ringgit diperoleh, mereka berhutang RM1.46.

Setiausaha Agung MTUC Wilayah Sarawak, Andrew Lo, berkata kritikan terhadap kerajaan negeri ditunjangi PBB tidak mempunyai unsur politik kerana MTUC bersedia duduk semeja dengan mana-mana pihak berbincang isu asas berkaitan nasib pekerja di negeri ini.

“Kami terkejut dengan tindakan Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang. Tidak sepatutnya cadangan MTUC mahu kerajaan negeri mewujudkan peluang kerja lebih baik dibalas serangan berbentuk peribadi.

Peluang pekerjaan

“Kerajaan negeri seolah-olah tidak faham beza antara mewujudkan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang kerja lebih baik. Tidak ada gunanya mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan dalam sektor pembalakan dan penanaman kelapa sawit yang diisi 80 peratus pekerja asing,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Andrew berkata demikian sebagai jawapan balas terhadap kenyataan Idris pada 20 Februari lalu, yang antara lain mengatakan kandungan kritikan MTUC adalah bersifat peribadi dan mempunyai agenda politik.

Andrew ketika mengulas lanjut, berkata Idris gagal menjawab balas mengapa tidak ada seorang daripada 29 Menteri dan Menteri Muda diberi tanggungja­wab ke atas penjagaan nasib pekerja tempatan, walaupun sebelum ini kerajaan negeri menyifatka­n semua perkara berkaitan buruh mesti mendapat restu kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia