Berita Harian

Kerajaan negeri juga akan disaman

-

Ikuti temu bual eksklusif wartawan BH Ahad, Junita Mat Rasid bersama Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC), Yeo Bee Yin

Kuantan: Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli akan mengadakan sesi pendengara­n awam serta sesi libat urus dengan semua pihak terbabit bagi memastikan penambahba­ikan prosedur operasi standard (SOP) perlombong­an bauksit dapat dilaksanak­an bermula April ini.

Menurut kenyataan media kementeria­n itu, SOP terbabit merangkumi semua aspek, termasuk perancanga­n perlombong­an, pengurusan tapak perlombong­an bauksit; pengangkut­an dan penguatkua­saan; pengurusan tapak timbunan stok dan pelabuhan serta prosedur pengekspor­tan bauksit.

Katanya, bagi memastikan pembabitan semua pihak, proses libat urus yang akan diadakan sebelum 31 Mac ini turut mengambil kira kepentinga­n rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar.

“Orang awam akan dapat akses serta meneliti SOP ini pada satu tarikh yang akan dimaklumka­n kelak.

“Pihak kementeria­n komited memastikan segala keluhan rakyat terutama mereka yang terkesan secara langsung dengan kegiatan perlombong­an bauksit ini didengari, selaras visi sebagai Peneraju Pengurusan Air, Tanah dan Sumber Asli secara mapan demi kesejahter­aan negara.

Tamatkan moratorium

“Usaha giat ini sedang dilaksanak­an dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS); Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dan juga kerajaan Pahang,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, Isnin lalu mengumumka­n moratorium kegiatan perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit di Pahang yang bermula sejak tiga tahun lalu ditamatkan pada 31 Mac ini.

Beliau berkata, moratorium yang bermula sejak 15 Januari 2016 tidak akan disambung, sekali gus kegiatan perlombong­an bauksit dibenarkan semula mengikut SOP yang ketat.

Pada masa sama, katanya, 435,000 tan bauksit di pusat penyimpana­n sedia ada di Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman Terengganu perlu dikosongka­n sehingga hujung bulan hadapan.

Permit import (AP) bagi empat syarikat yang diberi kebenaran mengekspor­t bauksit juga akan tamat 31 Mac ini, manakala hanya bauksit yang sudah dicuci akan dibenarkan untuk dieksport selepas tarikh itu, bagi menjaga kebersihan dan alam sekitar.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH] ??
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia