Berita Harian

Caj waktu puncak ganti mekanisme tol

Kerajaan bincang dengan Gamuda ambil alih konsesi empat lebuh raya

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@nstp.com.my

Kerajaan kaji hapuskan mekanisme kutipan tol dan digantikan dengan caj kesesakan yang hanya dikenakan pada waktu puncak 6 jam sehari

Tiada caj dikenakan di luar waktu puncak antara jam 11 malam hingga 5 pagi dan diskaun 30 peratus waktu biasa

Sebagai langkah pertama pelaksanaa­n mekanisme itu kerajaan sedang berunding untuk mengambil alih konsesi 4 lebuh raya di bawah Gamuda Berhad

Kerajaan bercadang menghapusk­an mekanisme kutipan tol lebuh raya dan sebagai ganti caj kesesakan diperkenal­kan pada waktu puncak selama enam sejam sehari.

Untuk tujuan itu, kerajaan sedang berunding dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya bertol di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai langkah pertama ke arah menghapusk­an mekanisme kutipan tol.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, berkata Gamuda mempunyai pegangan majoriti membabitka­n empat lebuh raya terbabit iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

“Sebagai ganti, congestion charge (caj kesesakan) akan diperkenal­kan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

Lebuh raya percuma

“Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu off-peak (waktu bukan puncak) antara jam 11 malam hingga 5 pagi di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma,” katanya dalam kenyataan itu, semalam.

Menurut kenyataan itu, pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Katanya, hasil kutipan caj kesesakan itu akan diguna untuk menampung kos operasi serta penyelengg­araan lebuh raya serta bayaran pinjaman.

“Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkut­an awam yang kemudian akan diguna untuk meningkatk­an kualiti pengangkut­an awam seluruh negara.

“Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementeria­n Kewangan pada masa yang sesuai,” katanya.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjanji dalam manifesto pilihan raya lalu untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapusk­an bayaran tol secara berperingk­at, menurut terma perjanjian konsesi.

Ia juga katanya, sebagai langkah kerajaan untuk mengurangk­an kos sara hidup pengguna lebuh raya.

Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu offpeak (waktu bukan puncak) antara jam 11 malam hingga 5 pagi” Kenyataan Pejabat Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia