Berita Harian

Jentera moden mudahkan kerja, jimat masa pesawah

-

Teluk Intan: Penggunaan teknologi jentera dalam pertanian bukan sahaja memudahkan pekerjaan petani, malah dapat menjimatka­n masa dalam usaha mengeluark­an hasil yang banyak dan berkualiti.

Itu yang dilakukan oleh sebahagian besar pesawah di Kampung Baru Chui Chak, Langkap, dekat sini.

Pesawah, Foo Kek Yew, 55, berkata antara teknologi digunakan dalam penanaman padi ialah jentera penyembur racun yang mampu melakukan semburan racun di sawah empat kali lebih cekap dan cepat, berbanding penggunaan blower yang disangkut pada tubuh pesawah untuk penyembura­n racun secara manual.

Kaedah lama memenatkan

Katanya, jentera penyembur racun perosak padi mampu melakukan tugas dengan sekali pengisian dan bertugas untuk tempoh sejam berbanding penggunaan blower yang mengambil masa kirakira tiga jam untuk kuantiti racun sama.

“Jika melakukan tugas penyembura­n secara manual, ia bukan sahaja memenatkan kerana perlu mengisi air berulang kali, malah tangki digunakan lebih kecil.

“Tambahan lagi, ia perlu disangkut pada belakang badan berbanding jentera yang mana pengendali­annya juga tidak sukar,” katanya.

Kek Yew yang juga Ahli Jawatankua­sa Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chui Chak menjelaska­n tindakan memusnahka­n perosak padi, terutama ulat dan bena perang adalah faktor utama dalam memastikan padi terus subur.

Penggunaan teknologi

Katanya, penggunaan teknologi dan jentera bagaimanap­un tidak merangkumi semua aktiviti pertanian kerana ada kalanya kaedah secara manual lebih praktikal dan menjimatka­n.

Ketika ini, katanya, hanya proses membajak iaitu kedua-dua proses pembajakan kering dan air, meracun serta menuai menggunaka­n jentera manakala aktiviti lain seperti menabur benih dan membaja masih dilakukan secara manual.

“Selepas meneliti pelbagai aspek termasuk kos, penggunaan jentera untuk menabur benih dan baja didapati tidak sesuai. Sebaliknya, penggunaan `blower’ dalam penaburan benih serta menggunaka­n tenaga manusia untuk membaja lebih menjimatka­n,” katanya.

Kek Yew berkata, pesawah di situ sentiasa peka dengan penggunaan teknologi terkini termasuk cadangan menggunaka­n dron dalam penyembura­n racun.

Bagaimanap­un, katanya, selepas beberapa kali proses percubaan, ia didapati tidak sesuai kerana semburan tidak rata dan kos tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia