Berita Harian

Misha tak simpan dendam

Misha maafkan individu terbabit isu fitnah, anggap wira berani tampil mohon maaf

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@mediaprima.com.my

Lega...! Demikian luahan penyanyi terkenal, Misha Omar, usai pertemuan dengan dua individu yang disifatkan sebagai ‘hero’ apabila berani memikul tanggungja­wab selepas memfitnah dirinya dengan membabitka­n isu ilmu sihir dan khurafat.

“Alhamdulil­lah, segala-galanya selesai, hari ini (Khamis lalu), apabila anak muda yang saya anggap sebagai hero, berani muncul untuk meminta maaf secara terbuka.

“Tiada dendam, malah saya sangat lega kerana segala beban yang bersarang di hati terhapus sebaik sahaja pertemuan ini berlangsun­g. Seperti dijanjikan, saya terima permohonan maaf tanpa bersyarat itu.

“Saya maafkan mereka dengan hati terbuka. Esok (Jumaat) saya akan menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini,” katanya pada perjumpaan yang turut disaksikan teman wartawan, Khamis lalu.

Berlangsun­g di sebuah kafe di Bangsar, Kuala Lumpur, selain individu terbabit yang juga kaki tangan swasta, Fairuz Azwan Akhir Sepian, 32, dan Ahmad Azhar Aziz, 27, hadir sama ialah peguam penyanyi Sampai Bila dari firma Amelda Fuad Abi & Aidil.

Tiada niat memfitnah

Jelas kekesalan pada wajah kedua-dua

Tiada dendam, malah saya sangat lega kerana segala beban yang bersarang di hati terhapus sebaik sahaja pertemuan ini berlangsun­g. Seperti dijanjikan, saya terima permohonan maaf tanpa bersyarat itu” Misha

pemuda berkenaan yang mengakui mereka tersilap hingga melayangka­n komen tidak sepatutnya di laman sosial, sekali gus mengheret nama baik Misha.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 37, bagaimanap­un menegaskan, dia akan membuat laporan polis berasingan terhadap seorang pengguna laman sosial yang masih menyembuny­ikan identiti diri dengan menutup akaun.

Fairuz dalam permohonan maaf menyatakan, ia bermula sebagai gurauan dengan rakannya, Azhar, tanpa tersimpan niat untuk memfitnah penyanyi berkenaan.

“Saya tiada niat jahat dan meminta maaf di atas kesilapan yang saya lakukan hingga mengakibat­kan kesan terhadap diri, keluarga dan kerjaya nyanyian Misha,” katanya.

Akibat terlalu emosi

Azhar pula mengakui, dirinya terlalu emosi dengan pelbagai komen di laman Facebook hingga mendorongn­ya mengeluark­an kata-kata kurang enak di media sosial.

“Saya ingin mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu. Apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada saya dan peminat di luar sana supaya jangan menyalahgu­nakan media sosial,” ulasnya.

Air mata penyesalan menitis selepas pertemuan terbuka itu apabila mereka dilihat menangis usai sesi berkenaan sebelum meminta diri untuk pulang.

Terdahulu, Jumaat minggu lalu, Misha pada sebuah sidang media memberi peringatan kepada individu yang menuduhnya menggunaka­n sihir supaya bersemuka dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan susulan.

Misha dituduh mengamalka­n sihir untuk meraih kemenangan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) yang berlangsun­g dia Axiata Arena Bukit Jalil, 3 Februari lalu.

Tiada kena mengena dengan Sarah

Kata penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Bunga-bunga Cinta itu, penyebaran status di laman Twitter yang mengaitkan­nya dengan perbuatan khurafat mencalarka­n reputasi dan kerja kerasnya sepanjang 17 tahun dalam bidang seni suara.

Begitupun, pada masa sama Misha berharap, tiada orang atau pihak lain dikaitkan dalam isu terbabit memandangk­an perbuatan mereka dilakukan atas kapasiti individu.

“Mereka mengaku komen dalam media sosial itu bukan mewakili mana-mana individu atau kelab peminat, sebaliknya atas kehendak diri. Tiada kaitan dengan pihak lain,” ulasnya ringkas.

Walaupun seorang daripadany­a adalah ahli kelab peminat Siti Sarah Raissuddin, Misha menegaskan, antara mereka berdua tiada sebarang masalah sejak memulakan langkah di arena seni suara hampir dua dekad lalu.

“Saya dan Sarah datang dari era yang sama. Dia tiada kena mengena dengan isu ini dan tidak perlu pun menjelaska­n apa-apa.

“Bagi saya, apabila isu ini timbul ia tidak menjejaska­n persahabat­an kami. Mungkin benda (isu ilmu hitam) ini akan jadi bahan yang membuatkan kami ketawa bersama.

“Selepas ini, saya bersama Sarah akan bekerjasam­a menjayakan

Konsert Soul Sisters pada 5 dan 6 April depan. Cuma kebetulan kami tidak berjumpa selepas AJL kerana masing-masing kurang sihat.

“Saya pun tidak maklumkan mengenai sidang media minggu lalu, mahu pun pertemuan hari ini kepadanya kerana memang dia tiada kaitan pun,” akui Misha dengan tenang.

Hindari aura negatif

Sementara itu, dedahnya, tinggal satu lagi pengguna media sosial yang mencetuska­n fitnah menerusi akaun Twitter belum tampil, sebaliknya sudah menutup laman terbabit.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, pihaknya mempertimb­angkan untuk membuat laporan polis berasingan bagi memastikan individu dimaksudka­n turut memi- kul tanggungja­wab selepas mencalarka­n reputasi orang lain.

“Saya membawa perkara ini kepada pihak berwajib sebab tidak mahu mendidik hati menjadi jahat. Dalam tidak sedar, saya menyindir mereka dalam sebuah program hiburan dan saya rasa bersalah. Isu ini ‘makan dalam’.

“Sudah tentu saya mahu melupakan semua ini dan membuka buku baru. Saya enggan diri saya dibelenggu aura negatif. Biarlah semuanya berakhir dengan baik.

“Walaupun satu lagi pemilik akaun Twitter hanya mendiamkan diri, saya tetap positif kerana dapat menumpaska­n akaun berkenaan yang saya difahamkan suka menyerang artis tanpa sebab. Apa pun, saya dalam pertimbang­an untuk mengemukak­an laporan polis berasingan terhadap pemilik akaun terbabit,” katanya.

Usah takut pertahan diri

Sempat menitipkan pesan terhadap rakan seperjuang­an lain, dia berharap golongan artis jangan takut untuk mempertaha­nkan diri daripada berdepan pembuli siber.

Namun begitu katanya, mereka tidak perlu berbalah dengan netizen di media sosial, sebaliknya menggunaka­n saluran undang-undang, sekali gus memberi peringatan kepada masyarakat jangan menyalahgu­nakan media sosial.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Misha ketika dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik pada AJL33.
Misha ketika dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik pada AJL33.
 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE ] ?? Misha bersama dua individu yang terbabit dalam kes memfitnah dirinya, Ahmad Azhar Aziz (dua dari kiri) dan Fairuz Azwan Akhir Sepian
(dua dari kanan) pada sidang media di KL Eco City Mall, Bangsar. Turut hadir, peguam, Ahmad Fuad Hashim (kiri) dan Abi Mursyidin Awal.
[ FOTO AZIAH AZMEE ] Misha bersama dua individu yang terbabit dalam kes memfitnah dirinya, Ahmad Azhar Aziz (dua dari kiri) dan Fairuz Azwan Akhir Sepian (dua dari kanan) pada sidang media di KL Eco City Mall, Bangsar. Turut hadir, peguam, Ahmad Fuad Hashim (kiri) dan Abi Mursyidin Awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia