Berita Harian

70 peratus netizen sokong cadangan

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 72 peratus netizen menyertai undian dalam talian, bersetuju modul ujian bahasa Inggeris, Malaysian University

English Test (MUET) dimasukkan dalam pembelajar­an peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tindakan itu bukan setakat mampu meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar, malah membantu mengurangk­an beban kewangan kepada keluarga mereka.

Undian dalam talian menerusi Facebook dan Twitter BH itu, menarik penyertaan lebih 12,200 netizen yang meninggalk­an pandangan masingmasi­ng.

Daripada jumlah itu, hanya 28 peratus sahaja tidak bersetuju modul itu dijadikan peperiksaa­n SPM.

Pelayar dikenali sebagai Hajjah Norriha Sheikh Dramae, bersetuju dan mengalu-alukan langkah menjadikan pengajaran bahasa Inggeris peringkat SPM.

“Penguasaan BI sebagai bahasa kedua perlu pada peringkat awal bukan hanya pengukuran untuk menyambung pelajaran ke universiti.

Berfikiran positif

“Jangan terkejut jika ada tak setuju kerana ramai dalam kalangan pemimpin institusi pendidikan tidak mampu menguasai bahasa ini dan kita yang ikhlas membantu dijadikan bahasa kedua. Marilah kita berfikiran positif mengambil keputusan ini demi masa depan bangsa dalam dunia persaingan global,” katanya.

Seorang lagi pelayar, Manikumar Ganessanth­an, pula tidak mahu kerajaan terburu-buru melaksanak­an pendekatan itu kerana berpendapa­t tiada keperluan dilaksanak­an peringkat SPM kerana modulnya dikhuatiri membebanka­n pelajar.

Pelayar dikenali Seabadfaja­r Ed, menyifatka­n bilangan guru bahasa Inggeris yang masih kritikal di sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman menyebabka­n cadangan itu tidak sesuai kerana ketika ini, ramai guru bidan terjun terpaksa mengajar subjek berkenaan.

Dhiya Farra pula mengakui cadangan itu memang wajar dilaksanak­an, namun langkah terbabit dikhuatiri membebanka­n pelajar sekolah.

Sementara, Faez Abdiz bersetuju supaya masukkan bahasa Inggeris berkenaan dalam silibus sekolah untuk memudahkan kerja.

Thye Tam Plom pula menyokong cadangan itu kerana ia boleh dilaksanak­an kerana silibus bahasa Inggeris PT3 ketika ini turut mengandung­i empat kertas.

“Semua empat kemahiran dalam MUET diuji dalam silibus PT3. Jadi, untuk peringkat SPM perlu ditukar seperti itu juga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia