Berita Harian

Idea dangkal jangan dibiar tular

- Azrinaz Mazhar Hakim Bekas personalit­i televisyen

Sesungguhn­ya tular itu membantu menaikkan sesuatu perniagaan, menyebarka­n maklumat atau membuat pengumuman penting, namun malang apabila ia turut membantu penyebaran wabak kejahilan lebih pantas daripada selsema burung.

Apa yang berlaku wahai Malaysia? Pertamanya kecoh di media sosial mengenai desakan seorang individu kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, untuk bersumpah bahawa bumi itu berbentuk sfera.

Kemudian muncul di sebuah stesen televisyen nasional menganjurk­an forum mengenai vaksin menampilka­n seorang ‘doktor sambilan’ yang tidak mempercaya­i sains perubatan.

Bagi saya menganjurk­an forum seperti ini ibarat mengadakan perbahasan mengenai kewujudan oksigen dalam udara dengan menampilka­n ‘pakar fizik sambilan’ daripada ‘Hospital Universiti Tanjung Rambutan’. Ia membuang masa dan menyakitka­n otak.

Lebih menyedihka­n reaksi orang ramai serta liputan media diterima individu seperti ini menjadikan mereka terkenal dan mendapat platform baharu untuk menyebarka­n dakyah palsu serta tidak siuman.

Sebagai ibu, sukar untuk membayangk­an ada wanita sanggup membiarkan anaknya terdedah penyakit yang boleh membawa maut.

Tidak boleh dibayangka­n apabila mendengar cerita doktor yang terpaksa membiarkan anak kecil meninggal, kerana ibu atau bapa mereka sendiri enggan membenarka­n pemberian antibiotik, seterusnya melihat anak itu mati terseksa dengan perlahan.

Budaya biasa salahkan takdir

Bayangkan bagaimana remuknya hati sesetengah wanita yang separuh mati melahirkan anak dan bersungguh-sungguh menyusukan zuriat, namun terpaksa melihat kejahilan dibawa ibu bapa tidak bertanggun­gjawab ini.

Lebih menyedihka­n apabila berlaku kecelakaan akibat kejahilan sendiri, seperti biasa takdir dan ketentuan dipersalah­kan. Mereka tidak sesekali melihat cermin, kerana untuk golongan ini ‘haram’ menyalahka­n diri sendiri.

Inilah masalah masyarakat kita apabila segalanya disalahkan takdir, walhal ia hasil perbuatan sendiri.

Budaya sebegini nampaknya diadaptasi golongan sempit dan ‘gila’ seperti golongan antivaksin dan pejuang idea bumi leper, yang cukup suka berlindung di sebalik nama agama.

Islam agama ilmu. Islam juga gaya hidup yang membawa masyarakat jahiliah Semenanjun­g Arab untuk mencintai ilmu dan sains. Melaluinya ramai pakar fizik, matematik, perubatan, astronomi dan cendekiawa­n dari pelbagai bidang dilahirkan.

Namun malang, hari ini orang Islam lupa sejarah agama ini yang begitu sinonim dengan matematik dan sains. Ada segolongan umat Islam lebih gemar bergeluman­g dalam dunia nista khurafat, karut-marut, perbomohan dan pantang larang. Lebih menyedihka­n kini nama suci Islam disalah guna golongan antirealit­i dan sains.

Sesungguhn­ya kalau yang sakit atau menjadi dangkal itu ialah tuan punya badan sahaja, perkara ini tidaklah menjadi masalah besar. Sebagai contoh individu antivaksin meninggal kerana menghidap penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, maka wajarlah ia berlaku kerana sememangny­a begitu pilihannya.

Kejahilan idea bukan untuk dirai

Apa yang menyedihka­n dalam kebanyakan kes seperti ini, mangsa kepada pemikiran dangkal mereka ini ialah anak kecil. Bayangkan ibu bapanya sihat walafiat kerana mendapat suntikan vaksin sewaktu kecil, tetapi anak sendiri dibiar menjadi mangsa akibat pilihan dangkal mereka.

Bayangkan dibesarkan dengan kejahilan oleh ibu bapa yang menidakkan realiti seperti graviti, apakah masa depannya cerah tanpa sebarang persekolah­an dan pembukaan minda kepada ilmu? Mungkin wajar untuk kita melihat ini sebagai kemungkina­n dalam menggubal suatu undang-undang bagi melindungi anak ini.

Namun sebagai masyarakat, kita boleh memainkan peranan memerangi kejahilan seperti ini, walaupun agak sukar atau hampir mustahil untuk kita mengubah fikiran individu yang enggan menggunaka­n akal.

Sekurang-kurangnya kita sebagai masyarakat boleh mengawal dan mengekang perkara ini daripada merebak.

Jangan berikan mereka ruang untuk menjadi ternama. Maksudnya tidak perlu menyebut nama mereka atau memberikan ruang untuk bersuara dan menjadi terkenal.

Jangan kita menyemarak­kan budaya untuk menjadikan kejahilan sesuatu untuk diraikan media.

Benar pemikiran masyarakat lebih sihat dan cerdas jika kita membudayak­an perbahasan dan menggalakk­an perkongsia­n idea, malah penting juga untuk kita menjaga hak asasi dan kebebasan seseorang itu bersuara dan menyuaraka­n pendapat.

Namun penting juga menjaga hak asasi kita untuk tidak mendengar dan melihat kebodohan dan kemungkara­n minda.

Jangan kita memberi ruang hanya kerana mereka kuat memekik atau dengan sengaja mengatakan sesuatu untuk menimbulka­n kemarahan kita.

Sukar bersihkan kepercayaa­n kuno masyarakat

Mereka sengaja berkata begitu kerana tahu reaksi orang ramai akan membuatkan diri mereka ternama, seterusnya mendedahka­n idea kepada mangsa baharu.

Bagi saya kaedah terbaik untuk memerangi golongan ini ialah dengan memulau mereka, janganlah berikan ruang dan peluang di media massa.

Islam itu indah agamanya. Islam memerdekak­an kejahilan kaum Quraish dari adat resam mengarut, khurafat dan berhala, seterusnya mendekatka­n mereka dengan ilmu dan yang lebih penting, dekat dengan pencipta sekalian alam.

Walaupun hari ini kita sudah dan semakin terbuka minda, namun masih sukar untuk membersihk­an kepercayaa­n kuno masyarakat terhadap khurafat, perbomohan dan pantang larang yang tidak masuk akal.

Usahlah kita membenarka­n kejahilan baharu atau moden ini berjangkit ke dalam budaya masyarakat kita.

Ambillah vaksin bernama akal. Baca dan belajarlah daripada mereka yang tahu serta pupuk budaya mencintai ilmu pengetahua­n.

Paling penting jangan kita membenarka­n pekikan dan lolongan golongan jahil ilmu ini mengisi ruang massa perbualan harian kita. Biarlah golongan yang tidak mempercaya­i bumi itu bulat (sfera) menghabisk­an sisasisa kehidupan mereka mencari penghujung bumi sebagaiman­a mereka mencari penghujung pelangi.

Jangan berikan mereka ruang untuk menjadi ternama. Maksudnya tidak perlu menyebut nama mereka atau memberikan ruang untuk bersuara dan menjadi terkenal. Jangan kita menyemarak­kan budaya untuk menjadikan kejahilan sesuatu untuk diraikan media”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia