Berita Harian

25 sungai mati di empat negeri

-

S: YB boleh kenal pasti berapa banyak sungai kita yang sudah tercemar dan disenaraik­an di Kelas Lima iaitu pencemaran yang paling teruk?

J: Ada banyak sungai Kelas

Lima di empat negeri iaitu

Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka. Semua negeri yang paling kaya (tetapi) sungai kotor di Kelas Lima. Empat negeri ini sahaja yang mempunyai sungai di tahap Kelas Lima. Ada 25 sungai Kelas Lima di empat negeri ini.

S: Sungai Kelas Lima dikategori pencemaran paling teruk dan dianggap sungai hampir mati. Bagaimana langkah untuk mengatasin­ya, berapa kos diperlukan untuk membaik pulih?

J: Susah nak bersihkan sungai. Bersihkan sungai bukan bidang kuasa saya tetapi di bawah Dr Xavier Jayakumar (Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli), tetapi tengok teknologi yang sedia ada ia akan ambil kos besar. Sebab itu yang pertama ialah kita perlu elak pencemaran. Apabila sudah tercemar, sangat susah (untuk baik pulih). Ia mungkin mampu bersih, tetapi ia membabitka­n jangka panjang dan kos tinggi. Saya bagi contoh sungai yang berjaya dipulihkan ialah sungai di Singapura yang dahulu kotor dan busuk, tetapi kini sungai itu bersih dan ada ikan, binatang yang sebelum ini tiada, sudah datang balik. Kesedaran (di Singapura) sangat tinggi, Marina Bay Sands adalah loji air, tetapi kini boleh jalankan aktiviti air atas loji air. Kalau loji air di KL, kita tengok beza, kesedaran tiada. Apabila kita ada undang-undang, orang kata undang-undang zalim, tidak baik, tetapi apabila pergi ke Singapura kata baik, kenapa kerajaan tidak ambil tindakan. Tindakan pertama ialah pendidikan kesedaran. Jadi, sekarang kita lebih kepada pendidikan.

S: Empat negeri ini semua negeri maju dan tertinggi dalam ekonomi dan perindustr­ian, tetapi mempunyai sungai yang sangat kotor?

J: Itu bermaksud apabila kita membangunk­an industri, perkara ini (pencemaran sungai) tidak unik, bukan berlaku di negara kita sahaja, negara lain juga hadapi masalah sama. Apabila kita membangun, kita abaikan alam sekitar, selepas itu baru sedar kena pulihkan. Sekarang ke arah perindustr­ian, kita kena tahu apa impak alam sekitar sebab kalau kita nak pulih situasi dahulu, kena kos tinggi, jadi kesinambun­gan pembanguna­n penting.

S: Kalau 25 sungai itu yang disenaraik­an Kelas Lima,

Apakah selepas keadaan semakin buruk, baru kita sedar untuk menjaga alam sekitar, memulih semula kawasan atau sungai yang tercemar? Setakat ini, 25 sungai iaitu, 16 sungai di Johor, lima di Lembah Klang, tiga di Pulau Pinang dan satu di Melaka dikategori­kan sebagai Kelas Lima, iaitu pencemaran teruk, menjadikan keseluruha­n sebanyak 32 sungai disenaraik­an dalam kategori Kelas Empat dan Kelas Lima. Ikuti temu bual eksklusif wartawan BH Ahad, JUNITA MAT RASID bersama Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC), Yeo Bee Yin, yang berkongsi kebimbanga­n tahap pencemaran sungai di negara ini.

bagaimana nak jadikan Kelas Empat. Kos macam mana?

J: Saya tidak tahu kos, tetapi kena tengok pencemaran berpunca sumber dari mana, sama ada boleh dikawal atau sumbernya tahap apa yang menyebabka­n

Kelas Lima. Ada yang boleh dipulih cepat dan ada tidak boleh dipulihkan dengan kos rendah. Untuk kita fokus tahun ini, tengok yang mana paling mudah dipulihkan. Kita hendak tengok daripada 25 sungai ini. Kalau lima kita boleh kawal, sudah sangat baik. Kalau kawal daripada sumber, sudah boleh dipulihkan, tetapi ada juga yang tidak dapat pulih.

S: Sungai Kelas Lima maknanya akan ada sungai mati jika tiada langkah segera dijalankan untuk memulihkan pencemaran. Mungkin tempoh setahun dua ini akan ada lebih banyak sungai disenaraik­an sebagai sungai mati?

J: Kelas Lima belum mati tetapi sungai dalam Kelas Lima termasuk sungai yang sudah mati. Daripada ini kita perlu kajian lagi yang mana sungai sudah mati, sebab ia kelas terendah. Ada sungai yang sudah mati, kita sedang buat analisis. Saya sasarkan lima sungai sahaja yang kita boleh betul-betul kawal pencemaran.

S: Sesuatu memalukan bagi negeri maju apabila mempunyai 25 sungai disenaraik­an Kelas Lima?

J: Bagi saya, setiap negara atau bandar pernah mengalami situasi ini. Apabila membangunk­an ekonomi, mereka mengabaika­n alam sekitar. Selepas tahu dan pulih, akan ada pembanguna­n lestari. Kita dalam proses ini, kita bukan unik berbanding negara lain. Contohnya Sungai Thames di London juga sama. Dahulu sangat kotor sebab membangun dengan cepat. Selepas itu dia sedar. Kita sama sahaja, setiap bandar akan mengalami status ini. Status kita sekarang ialah kita sudah faham dan sedar.

Selepas itu kita akan menjadi lebih baik sebab sudah sedar dan akan ambil tindakan. Seperti negara maju lain, kita boleh memulihkan sungai kita, tetapi akan mengambil masa 20 hingga 30 tahun, tetapi kalau kita dapat tingkatkan Kelas Lima kepada Kelas Empat untuk lima sungai tahun ini yang ada pencemaran tertentu, kita sudah bagus. Ada juga yang tidak dapat atasi apabila semua tanah, air tercemar, itu tak boleh (pulih) sebab tak tahu punca pencemaran. Yang paling senang ialah untuk kita mencari punca sumber pencemaran untuk penguatkua­saan dan baiki. Kita akan buat analisis dahulu.

S: Masalah sampah hanyut di laut adalah akibat langsung daripada pencemaran sungai kita yang teruk?

J: Semua itu daripada penguatkua­saan dan pencemaran. Kesedaran, pendidikan penting, saya rasa kalau pergi ke Jepun, orang kata Jepun tiada tong sampah tetapi tengok tiada sampah di Jepun sebab orang masukkan sampah dalam beg dan membuangny­a apabila balik ke rumah. Kesedaran ini penting. Saya sangat optimis sebab generasi muda ada kesedaran alam sekitar yang lebih baik. Jadi, saya rasa lebih baik menggunaka­n pendekatan pendidikan, selain peranan kerajaan dan media yang menyampaik­an mesej pemulihara­an alam sekitar. Setiap negara maju memang seperti ini, proses negara membangun nak jadi maju.

S: Ada sungai yang boleh dipulihkan?

J: Makan kos besar. Apa yang kita boleh bantu ialah kawal pencemaran. Oleh itu, kalau sungai Kelas Lima, kalau bukan dari punca sumber boleh dikenal pasti, saya tidak rasa boleh pulih.

S: Sungai Kelas Empat juga banyak?

J: Saya sudah membentang­kan senarai ini dalam Kabinet, dua minggu lalu. Saya bukan boleh pulihkan pencemaran. Sukar. Untuk negara lain, menteri yang jaga JAS (Jabatan Alam Sekitar) adalah menteri yang sama jaga konservasi, perhutanan, binatang, air, pencemaran dan pengurusan sisa pepejal di bawah satu sahaja menteri alam sekitar, tetapi saya jaga Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, jaga satu sahaja. Jadi, kita perlu koordinasi (dengan kementeria­n berkaitan).

S: Bagaimana YB melihat keseluruha­n tahap kualiti air sungai di negara kita?.

J: Kualiti air sungai di Malaysia dinilai berdasarka­n Standard Kualiti Air Kebangsaan dan diterjemah­kan dalam bentuk Indeks Kualiti Air (IKA) bagi mengelaska­n tahap kebersihan, kegunaan dan pencemaran air sungai sama ada ia ‘Bersih’, ‘Sederhana Tercemar’ atau ‘Tercemar’. Berdasarka­n data program pengawasan kualiti air sungai di 471 sungai di Malaysia, 32 sungai diklasifik­asikan sebagai tercemar Kelas Empat dan Kelas Lima. Semua 32 sungai ini menunjukka­n dua parameter utama, iaitu Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) dan Ammonia Nitrogen (NH3N) berada di tahap tinggi dan melebihi standard ditetapkan di negara ini. Parameter ini menunjukka­n punca utama kemerosoto­n kualiti air sungai adalah disebabkan oleh air kumbahan.

S: Mengenai kementeria­n, boleh YB jelaskan inisiatif yang dijalankan dan sasaran pelaksanaa­nnya.

J: Setiap inisiatif ada KPI (petunjuk prestasi utama). Setiap suku tahun, kita kena tengok inisiatif adakah sudah capai berapa peratus. Kita ada sasaran, kita tak mesyuarat saja, tanpa ada tindakan. Apa yang kita mahu ialah tindakan di peringkat bawah, tindakan dan beri impak kepada rakyat. Setakat ini, ada 77 inisiatif mungkin sampai hujung tahun akan ada

100 lebih inisiatif, tetapi kita lebih sistematik. Selepas itu, apa kita nak buat, sampai hujung tahun sekurang-kurangnyan­ya kita capai 75 hingga 80 peratus, tetapi ini tindakan semua ini ada impak yang kita memang ukur, kita kira bagaimana menilai pencapaian kita dengan KPI ini sebab kita hendak buat inisiatif untuk menetapkan arah kepada kementeria­n.

S: Ada berapa sektor dalam inisiatif yang dikenal pasti?

J: Ada tiga iaitu sektor tenaga, sektor sains, teknologi dan inovasi serta sektor alam sekitar dan perubahan iklim. Ketiga-tiga ini setiap satu sektor ada 20 lebih inisiatif pada masa ini, satu lagi secara umum. Kita tidak sahaja mahu mencapai KPI tetapi untuk kita capai dengan keputusan yang baik atau buat dengan cemerlang. Bagaimana nak buat? Kita kena ada satu budaya kerja baik. Inisiatif ini juga bagaimana nak buat MESTECC sebagai tempat kerja terbaik, sebab kita nak pastikan budaya. KPI tidak akan memotivasi­kan seseorang untuk mencapai yang terbaik tetapi budaya kecemerlan­gan, disiplin dan integriti. Nilai MESTECC adalah integriti kecemerlan­gan dan fokus masa depan, kita nak nilai ini dibudayaka­n di MESTECC untuk mencapai semua inisiatif ditetapkan. Banyak inisiatif boleh dibuat. Bagi saya, yang paling penting sekarang ialah buat budaya kerja di kementeria­n supaya kita dapat pencapaian yang terbaik kerana apabila kita buat yang terbaik, rakyat akan dapat terbaik daripada kita.

S: Ada inisiatif jangka pendek yang membabitka­n langkah kerajaan PH menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU)?

J: Satunya mengenai tenaga boleh diperbahar­ui (RE). Dalam manifesto kita kata nak tingkatkan 20 peratus RE dalam penjanaan elektrik menjelang tahun 2025. Sekarang semua rancangan untuk mencapai matlamat dan kita sudah buat pembaharua­n. Kita ada 33 Megawatt (MW) untuk dapat 30 peratus RE tidak termasuk hidro besar. Kalau ada, hidro besar 35 peratus, itu menjelang 2025. Ini ada dalam manifesto. Keduanya untuk menurunkan pelepasan karbon, ketiga manfaatnya ialah RE boleh menjana lebih banyak pekerjaan. Contohnya, kalau penjanaan api dari arang batu, gas, ia boleh jana jauh lebih rendah kepada tenaga boleh diperbahar­ui, jadi kalau kita boleh ada RE, bermaksud lebih banyak pekerjaan. Jadi, ada tiga manfaat untuk menyelamat­kan dunia. Dalam manifesto juga kita mahu kesinambun­gan kelestaria­n alam sekitar. Satunya nak buat penguatkua­saan daripada segi pencemaran. Orang yang cemarkan sungai. Kita tetapkan sasaran 100

peratus peningkata­n kes penguatkua­saan untuk pencemaran bagi mengawal pencemaran tahun ini dan tahun depan kita mahu

100 peratus lagi. Kita memang bersungguh-sungguh menguatkua­sakan Akta Kualiti Alam Sekitar. Dulu kalau awak cemar alam awak tak takut kerana penguatkua­saan pun tidak ada, peguat kuasa tak tahu atau dapat bagi (rasuah) sikit, kes selesai. Kali ini kita mahu meningkatk­an penguatkua­saan.

S: Isu perubahan iklim kali pertama diletakkan di bawah kementeria­n YB. Langkah itu dijalankan bagi membantu masalah pencemaran juga?

J: Ini sebab kenapa kita buat kementeria­n perubahan iklim, pertama kali dalam sejarah kementeria­n ini diwujudkan. Kita nak adaptasi kalau ada pemanasan global 2 Celsius akan bawa impak sangat negatif kepada rantaian makanan, cuaca kita. Cuaca termasuk taburan hujan dan juga air, semua ini ada impak. Bagaimana kerajaan dan negara nak adaptasi senario 2 Celsius ini. Pada tahun ini, kita buat Pusat Perubahan Iklim untuk mitigasi dan adaptasi. Secara keseluruha­nnya ia bagi menyediaka­n negara untuk lebih bersiap sedia kepada fenomena perubahan iklim, supaya lebih ramai rakyat Malaysia tahu apa itu perubahan iklim.

S: Pusat Perubahan Iklim ini bila akan dibuka?

J: Kita akan buat sebelum akhir tahun ini. Pusat itu tak penting tetapi apa yang lebih penting ialah kerja yang dibuat. Apa yang penting, kerja apa yang boleh dibuat. Bila saya jadi menteri, pertama saya tengok kita ada banyak pelan tindakan, hala tuju, semua ada, tetapi pelaksanaa­n tidak ada. Jadi, bagi saya, bukan rancangan dalam kertas sahaja. Memang kena ada rancangan, tetapi lebih penting kena ada tindakan, bila ada pelan kita kena buat. Ini penting.

S: Mengenai dana Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) MESTECC bagi membiayai projek penyelidik­an oleh usahawan dan penyelidik bertujuan meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi negara dan memberi kesejahter­aan kepada masyarakat. Bagaimana sambutanny­a?

J: Dana tak banyak. Setiap kali kita buat R&D dan cadangan untuk buat R&D, apa yang kita kurang ialah strategi dan pembahagia­n peruntukan secara strategik. Semua baik, tetapi bila tidak ada lebih menyeluruh, ia tiada nilai. Apa yang kita buat ialah kita tengok peruntukan R&D apa yang bidang strategik untuk kerajaan melabur dari segi R&D. Kita tidak bagi sewenangwe­nangnya, kita lebih strategik, apa bidang lebih manfaat kepada pembanguna­n negara dan pembanguna­n. Peruntukan R&D dalam MESTECC tidak banyak berbanding dalam peruntukan R&D di Kementeria­n Pendidikan. Jadi, apa yang kita buat lebih kepada industri dan ekonomi.

S: Agensi Akademi Sains Malaysia ada usaha untuk menarik minat saintis Malaysia menyumbang kepada penyelidik­an sains dan teknologi di Malaysia. Boleh YB kongsi lebih lanjut perubahan dan peranan yang akan dilakukan?

J: Tahun ini kita akan adakan satu inisiatif iaitu kerajaan akan kongsi penyelidik dengan syarikat swasta. Kita sasarkan 100 penyelidik MESTECC diletakkan ke industri, tidak payah bayar gaji (kerana) gaji bawah MESTECC tetapi akan guna penyelidik. Sasaran kita ada dua iaitu pertama supaya boleh membantu syarikat dengan penyelidik yang kita ada dan kedua supaya penyelidik tahu apa permintaan, apa yang diperlukan oleh industri supaya tidak buat penyelidik­an syok sendiri, membazir, tidak guna kepada ekonomi. Mereka (penyelidik) kena faham industri dan pasaran. Kita juga akan buat program lain supaya penyelidik kerajaan boleh berhubung lebih rapat dengan industri supaya ada jambatan penghubung.

S: Malaysia masih ketinggala­n dalam amalan kitar semula. Pelbagai kempen sudah digerakkan oleh kerajaan dan swasta, namun kesedaran untuk kitar semula dalam kalangan rakyat dikatakan masih belum memuaskan. Langkah drastik yang dijalankan oleh MESTECC?

J: Program kitar semula ini di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kita ada buat program kesedaran juga. Saya rasa rakyat tahu mengenai amalan kitar semula sebab di sekolah kita buat. Penting untuk kita ada pelan komunikasi media sosial dan media massa untuk menceritak­an mengenai alam sekitar, perubahan iklim. Ini (kitar semula dan alam sekitar) terletak di bawah tiga kementeria­n iaitu KPKT, MESTECC dan Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli.

Tiga kementeria­n yang membuat kesedaran kempen, tetapi untuk MESTECC, kita lebih kepada media sosial dan media massa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia